Apr 23, 2012

Bunga - Bunga Syurga

Semalam sesaje berjalan ke rumah nenek, bukan jauh pon.. Depan rumah je pon.. Boleh dikata setiap petang yang aku rajen, aku akan jalan ke rumah nenek.. Saje2 bercerita itu ini supaya rumah nenek lagi meriah since takde cucu2 nenek yang balik kampung kan.


Pernah aku bertanya ibu apa maksudnya bunga-bunga syurga? Ini selepas aku tengok cerita di tv3. Ibu jawab anak - anak yatim. Owh, itu maksudnya, aku baru tahu. Betol atau tidak itu bukan persoalannya. Tetapi aku rasa macam boleh saje sebab anak-anak yatim ni yang kita kena bela nasib mereka. Kalau kita mampu, why not kan?? 


Okey, Sambung cerita di perenggan pertama, hikhik, macam karangan.. Aku nak tunjuk pada semua orang bunga-bunga Atok. Hehe. Semenjak nenek kurang sihat, satu family aku rasa sunyi sangat. sunyi sebab? Tiada lagi bebelan marah atau nasihat dari nenek, Tiada lagi lambaian menanti kalau kami masing2 nak kemana2, Tiada lagi riuh cerita  dari nenek waktu petang, Tiada lagi panggilan nenek untuk kami minum petang bersama2.. We miss u so much nenek.. Get well soon ye nenek.


Semenjak nenek kurang sihat, Atuk mulakan semula hobi nenek. Nenek suka tanam pokok bunga orkid. Dulu nenek selalu siram pokok pagi petang, sekarang atuk ambil alih .. Atuk tanam lebih banyak dari yang ada dulu. Meh tengok. Semoga kalian dapat rasakan betapa indahnya bunga-bunga "syurga" Atok.. Kerana bunga-bunga ini yang mewarnai rumah Atok & Nenek dengan warna-warna bahagia..cewaaah...







Nama dia Nyet..hehe...comelkan kaler die..eh

2 comments:

  1. wewiittt kamu bercucuk tanam tak hehehhe

    ReplyDelete
  2. daku bercucuk je...tanam belum lagi..hahaha...atuk terlebih rajen sampai tanam pokok bunga tepi rumah aku taw..cume pesan siram je..haha

    ReplyDelete