Apr 26, 2012

Untuk Dia..

Untuk Dia atau Untuk Aku?? 
Jom layan lagu ni sekejap ye..
Release otak yang hang dengan lagu ni.. 
Ayuh!!!





Apr 23, 2012

Bunga - Bunga Syurga

Semalam sesaje berjalan ke rumah nenek, bukan jauh pon.. Depan rumah je pon.. Boleh dikata setiap petang yang aku rajen, aku akan jalan ke rumah nenek.. Saje2 bercerita itu ini supaya rumah nenek lagi meriah since takde cucu2 nenek yang balik kampung kan.


Pernah aku bertanya ibu apa maksudnya bunga-bunga syurga? Ini selepas aku tengok cerita di tv3. Ibu jawab anak - anak yatim. Owh, itu maksudnya, aku baru tahu. Betol atau tidak itu bukan persoalannya. Tetapi aku rasa macam boleh saje sebab anak-anak yatim ni yang kita kena bela nasib mereka. Kalau kita mampu, why not kan?? 


Okey, Sambung cerita di perenggan pertama, hikhik, macam karangan.. Aku nak tunjuk pada semua orang bunga-bunga Atok. Hehe. Semenjak nenek kurang sihat, satu family aku rasa sunyi sangat. sunyi sebab? Tiada lagi bebelan marah atau nasihat dari nenek, Tiada lagi lambaian menanti kalau kami masing2 nak kemana2, Tiada lagi riuh cerita  dari nenek waktu petang, Tiada lagi panggilan nenek untuk kami minum petang bersama2.. We miss u so much nenek.. Get well soon ye nenek.


Semenjak nenek kurang sihat, Atuk mulakan semula hobi nenek. Nenek suka tanam pokok bunga orkid. Dulu nenek selalu siram pokok pagi petang, sekarang atuk ambil alih .. Atuk tanam lebih banyak dari yang ada dulu. Meh tengok. Semoga kalian dapat rasakan betapa indahnya bunga-bunga "syurga" Atok.. Kerana bunga-bunga ini yang mewarnai rumah Atok & Nenek dengan warna-warna bahagia..cewaaah...







Nama dia Nyet..hehe...comelkan kaler die..eh

Apr 17, 2012

Give up already??

I am kinda lost hope on searching for a jobs.. To be honest, now it has been two months passes by and still i dont have any job.. why am i so depress?? because i cannot bear with my life now. I am still using my parent's money. It was very ashamed on me by asking them money for anything especially for top-up.. I am so useless. 

Tomorrow there will be career fair in my beloved university..since i am now doing part time job as babysitter where it was just for two weeks, its kinda hard to tell my auntie so that i can go to the career fair.. but still i felt down because if i still cannot get a job from this, i had burden other people as my auntie have to take cuti for this.

But a part of me says that i still have to try and dont  get easily give up on this.. He knows best for all thing that had been planned by Him. And me just need to "Usaha, Doa & Tawakkal".. 

Need to cheer myself right now.. please...smileeeeeee....oooh, tired already!!!

Apr 1, 2012

Lauk 1 April 2012

Suppose hari ni aku masak ketam kari but since ketam kat pekan habis, tinggal cucu cicit ketam je ha..lagi kecik dari tapak tangan aku. Motif tangan aku besaw kan. So, berdiri sambil berfikir kat tengah pasar basah fikir nak masak apa. 

Ternampak ikan parang.ha!! ada sesiapa yang kenal ikan parang tak? Aku tanya sebab most of people pelik bila aku sebut ikan parang. Aku tak tahu la pulak tempat depa panggil apa kan. Dalam kepala, tidak lain dan tidak bukan, menu hari ini bakal menjadi Ikan Parang Asam Pedas. Aku kureng sikit ikan pari. Hehe. 

Kali ini barang semua lengkap, bunga kantan, daun kesum, cili kering, daun limau purut (ajaran seorang mak kepada kawan), tomato, bendi dan bahan-bahan yang sewaktu dengannya ya. Mintak mahap la sangat. Aku serius lupa hamek gambar. 

Takda feeling tadi. Cuma masak je sebab dah lama tak masak lauk ni. Ibu pulak sedap je tinggal aku ni kat dapur sensorang..Perasan bila ayah aku kali ini tidak mengcondamnkan masakan aku tapi ayah makan paling banyak. Sangat suka hokey. Thank you ayah. Tadi ada tambah belimbing kecik warna kuning, aku tak ingat nama dia apa.

Next time, aku masak then aku hamek gambar ye. Takda la aku ni dilabelkan pehenipuhu kan. By the way, lauk dah habis ye.

Alhamdulillah. Makcik aku mintak jugak tadi, alhamdulillah dia makan sampai licin tak tinggal pon daun segala.

Teringat kawan aku kata 
Z: ell dah pandai masak. Asam pedas sedap.
Aku : Takdela sedap, tapi boleh dimakan la.

Pastu if dia nak kata aku pandai masak, dia punya modal is cakap aku pandai masak asam pedas je la. Hampeh punya kawan.

Bersabarlah ye Tok Wan, andai benar jodoh antara kita ada, awak akan dapat rasa juga air tangan gemok yana ni ye. puii puii ..bajet sedap kau masak macam Chef Wan kan.. 


Mar 30, 2012

Untukmu Wanita

Alhamdulillah. Berjaya juga aku memiliki buku Untukmu Wanita tulisan Zaharuddin Abd Rahman. Asalnya aku tak tahu pun pasal buku ni. Terdetik hati untuk buka buku ni masa aku jumpa buku ni kat rak buku T.A. Tengku Amni la. haha. T.A ni ada banyak buku, jadi antara banyak-banyak buku, buku ni menarik perhatian aku.

Aku baca sikit je. Dalam dua muka surat macam tu, tapi teros hati ni kata "aku nak buku ni". Aku bersungguh cari buku ni. Tapi biasala, bila kita nak sesuatu benda tu, kene usaha lebih sikit. Nak dijadikan cerita, aku buang masa dan minyak kereta pergi ke Wangsa Walk, cari dekat satu jam siap tanya counter tapi takde. Dia bagitau kat KL City ada. Eh, betol ke ye nama dia KL City yang kat danau kota? maafla, lama tak ke sana.

Sesampai sana, dia kata ada.. aku pun carikla tapi since kedai ni lagi kicik dari yang tadi, shud be aku dah jumpa tapi tidak ketemuan juga. Masa tu dah dekat pukul 7, kene balik. 

Baru-baru ni, aku ada join walk in interview Panasonic kat Sunway Resort Hotel & Spa. Alang-alang dah jumpa Tok Wan, gatal la mulut ni kata nak carik buku kat Sunway Piramid lak. Moh le cari. Mula-mula macam tak jumpa sebab buku banyak sangat dan tak nampak pun cover buku Untukmu Wanita ni. At last...


aku dapat jugak miliki buku ni. Ada jugak aku belikan buku untuk Tok Wan tajuk dia Bumi Cinta tak silap. (Pakai voucher je pun, berlagak kata belikan orang )..hahaha

Aku dah baca sampai chapter 10. Nanti ada masa, aku letak dalam ni. Kongsi sama-sama. Buku ni sangat bagus. Serius .. (sambil angkat kening). 





Mar 28, 2012

[KPOP]BTOB - INSANE

Dah tak tahu nak letak introduction apa dah. Dulu sibuk suka bebeno ngan CN Blue. Sekarang jatuh hati dengan kumpulan ni. Hasil spy aku ke blog milik adik kawan aku, aku sangat-sangat jatuh hati dengan lagu ni. Klu yang membuatkan aku sesangat gile dengan lagu ni is muzik starting die..

Terhengen berangan nak Tok Wan pandai main piano. Tapi.. tidak mengapa lah. haha.
Marila mendengar bersama ye. Mula2 ada unsur romantik disitu. i loike. eheh

 

Mar 20, 2012

Pandangan mata cik abang hanya untuk adik manis seorang

Sebelum aku mula menaip entry ni, marilah kita bergelak sakan sebab tajuk memang tak voleh velah. Gelak la..haha. Siapa tahu akhirnya jodoh kawan aku Puan Nadia akhirnya dengan kawan aku juga Encik Irman. Alhamdulillah.



Majlis kedua belah berjalan lancar. Ni sebenarnya pengalaman buat aku sendiri jugak, bukan pengalaman kahwin tapi pengalaman jadi pengapit. Masa majlis di rumah perempuan, memang gelabah itik lagi siap ngengade tutup muka pengantin. over okei. 


Tak nak cerita pasal pengapit, back tu pengantin, both of them ni look cute kan? Kembang sebesen mereka baca. Gambar diatas adalah gambar selepas selesai majlis di rumah lelaki . Outdoor photoshoot di Bukit Jugra. 


Sesungguhnya aku la orang Banting yang paling sesuai dipanggil katak bawah tempurung sebab aku tak pernah tahu pun jalan nak ke Bukit Jugra. To be honest, memang tempat ni sangat cahantek. Dari atas aku boleh nampak jalan dari sungai ke laut. For sure, aku nampak kapal yang sangat banyak. Tetibe teringat macam ada dalam Zaman Kesultanan Melaka. over ye yana.






Amacam? cantik kan view dia. Okei, meh sini tengok keromatikan kedua mempelai ni yar, buat aku rasa cemburu je. Tapi lilek la yana, banyak masa lagi (try tenangkan diri sendiri). Tok Wan mesti gelak baca entry ni, tak pun dia resah sebab aku tak penyabar. hehe





 
Nampak tak? mata si abang tak lepas kan. Aku harap kedua kawan aku bahagia dunia dan akhirat. Sat lagi jadi mak buyong la si Nadia nih. hehe. gurau-gurau. Kompem anak-anak depa putih melepak nanti. Tahniah Nadia dan juga Irman. 


Aku ni belum kahwin lagi jadi takdelah nasihat bagai ye. Cuma yang aku tahu dalam perhubungan paling penting tolak ansur dan saling hormat menghormati. Aku rasa benda ni perkara paling penting. Aku pernah dengar ustaz cakap, antara cara-cara nak eratkan hubungan suami isteri adalah dengan solat berjemaah. InsyaAllah, bahagia dengan redhaNya.