May 25, 2012

Macam-macam jadi..

Halo halo. 

Kene mula gotong royong ni. Penuh sawang lelabah pepijat dan nyenyamuk yg sekutu dengannya. Macam la bizi kan.. padahallll... eh,bizi betol taw. 

Aku mula kurang rajen nak tulis kat sini since aku gantikan guru bersalin. Tak lame pon, ni dah hari last dah ni. Kemain budak2 ni kuar ayat sedih.."ala...nape kejap aje.."sudahla..

Kebetulan hari aku menggantikan guru bersalin ni, aku dapatla merasa kemeriahan Hari Guru dan kepenatan Hari Peperiksaan Pertengahan Tahun. Siyesly, takkan aku nak tinggal gitu je. Kang ade sok sek kata aku ni pemalas kan. Buat jugak yang mane sempat. 

Seronok bile tengok anak2 ni buat ape yang kite ajar dan die tak lupe bende tu. Kompem aku rindu diorang. Ni pon duk tersebut2 nama aak2 murid ni. Ade yang seorang ni nama die A'bid Huzaifah. Alahai..kicik punya anak ye. Agak slow sikit.. Tapi tak tahu kenapa aku selalu tersebut nama dia. 

Dalam masa aku mengajar, aku masih lagi teros mencari kerja dengan sungguhnya. Usaha kene ada. Barula kaw boleh tawakkal kan. Harap nak dapat tanpa usaha pastu redha je, mane nak dapatnye. Tak Hadonye. 

Ada ekspo kerjaya kat UKM, aku pergi jugak. Puas hati pergi sebab explanation memang mantap. Then, at least die buat betol2 interview. Selalu aku pergi, kate ade interview tapi HARAM takde. Dari UKM, straight ke Putrajaya. Interview kat sana kul 3. Tok Wan tolong hantar. Aku dah kate tolong tunjuk jalan je, tapi die nak hantar jugak. Sayang Tok Wan. huhu

Selepas satu interview, alhamdulillah aku dapat panggilan interview ke IQM kat seksyen 23 Shah Alam. Kali ni aku cuba sediakan diri dengan makllumat segala .Kire cam aku dah study la kan. 

Feedback dari interviewer was just the same macam Panasonic hari tu. Tersangat positif. Ni jujur kate ye. Aku takde niat lain. Memang positif tindak balas masing2 . Makanya, apabila aku dikecewakan oleh Panasonic, aku cuba jadi matang bilamana aku tak harap sangat pada hasil IQM nanti. Redha je.

30May ni aku interview kat Toshiba pulak. Need to prepare for the best. Apa pun, aku kene buat yang terbaik. Dapat atau tidak, itu belakang cerita. Yang penting kene usaha. Mana ade jalan, aku cuba je. 

Aku ingat aku ni tak layak dah nak dapat interview pape sebab awal2 dulu, Tok Wan dapat banyak.. Tapi bukan aku la kan. Duduk jela kat rumah apply mane patot. Motip nak kate kat sini, janganla berputus asa . 

TRY OUR BEST!!!

Takde gambo aku nak letak since memang tak hado amik ape2 gambo. Nak bace, bace. Tak nak bace, korang kene bace jugak. Kasi lempang sikit muka aku ni. haha. gurau... 

K, nity nite all... luv ya

2 comments:

  1. congrats dh dpt mcm2 tebiu dah kamu yunk..hwaiting!!

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah...hope dpt kali ni...huhu...

    ReplyDelete