Jun 8, 2012

Nasi Ambeng yg simple lagi mahvelles!!



Ada sesiapa yang tak tahu menahu apa itu "Nasi Ambeng"? Yang tak tahu, sila angkat kaki.. Owh, adala beberapa orang jugak yang tak tahu pasal nasi ambeng ni ye. Aku ni kalau nak cerita pasal sejarah, memang FAIL!! 


Tidak kirala samada sejarah company untuk pergi interview ke, sejarah keturunan ke, sejarah masa sekolah ke.. dan macam2 jenis sejarah la termasuk sejarah Nasi Ambeng ni. 


Tapi aku rase macam eksaited pulak hari ni bila berjaya menyediakan nasi ambeng macam yang selalu ada kat kenduri2 tu kan. Kalau orang lelaki yang RAJIN pergi tahlil, mesti dia tahu. haha. Alkisahnya, malam semalam ayah aku dapat nasi ambeng which is kadang2 orang sebut "berkat" dari rumah yang buat tahlil. 


Aku , ibu n adik ni memang terpaksa makan la kan. Tak tahula pulak ayah aku nak. Malam tu ayah aku cuma bawak balik nasi ambeng then teros keluar jumpe wak yang boleh urutkan tangan dia yang terseliuh tu. Bila dia balik, dia tanya ibu aku. Mana la tak serba salah mak datin sorang tu. Tu yang siang tadi beria cari bahan untuk buat nasi ambeng. Kira ganti kan yang kitorang makan la malam tadi.  






Selepas dimakan

No comments:

Post a Comment