Jun 14, 2012

Perlunya menjaga hati orang tua..

Assalamualaikum semua,

Hari ini aku nak kongsi sedikit pengalaman hidup yang melibatkan komunikasi antara kita dan juga mereka yang lebih tua dari kita. Perkara yang aku nak kongsi ni , mesti difikir yang mana baik dan yang mana kurang baik. Yang baik boleh diteladani dan yang kurang baik mungkin boleh diperbetulkan lagi.

Ewah, aku dah macam menulis artikel plak. Aku jenis yang ramah. Erk, yeke? Aku rasala, sebab setakat ni kawan2 aku kata aku senang nak deal ngan orang tua. Ke aku ni macam orang tua. zass..hehe. 

Sepanjang hidup aku, aku dibawak oleh ibu aku untuk ikut rewang, ikut ke mana yang ada majlis. Tangan mesti jalan la kan. Setakat kau ikut pergi rewang lepas tu kau tak senonoh je duduk situ makan2, memang nak kene pelempang sikit. ha..kan..emo.. 

Ikut pengalaman aku, bila anak dara ikut pergi rewang, tapi kerja kau bercakap dengan mak atau adik beradik kau lepas tu makan2 , tak rasa malu2 untuk minum dan buat hal kau sendiri, adoi..malunya la senah. Kot ye pon nama rewang kan, tolong2 la sikit. Kalau ko rase malu nak bercakap dengan mereka2, ambil pisau dan tolongla pape yang patut. Janji tangan kau pon merewang jugak. 

Kenela tunjuk perangai yang molek2 kan. Mesti ade yang kate hipokrit pulak kan. Kene la cube. Dari hipokrit tu la kita akan terbiasa buat benda tu dan lama2 jadi diri kau yang sebenar. Practise makes perfect kan? 

Kita buat baik ni bukan dengan niat nak menunjuk-nunjuk. Tapi sebenarnya benda ni perlu sangat bagi aku. Kalau kita tak cuba untuk berkawan dengan orang, sampai bila-bila pon kita tak kan berkawan dengan orang. Cukupla kita senyum dulu dengan orang, kompem nanti orang tu akan mulakan dialog dan dari situ la kita boleh berborak dengan eloknya walaupun kita tak kenal sangat pon dengan dia.


Kadang-kadang makcik-makcik ni seronok kalau kita bercakap dengan dia, Dia akan rasa seolah2 kita ni berkawan baik dengan dia dan kadang-kadang MESTI ada masalah yang dia nak kongsi dengan kita. Ni pengalaman aku la. Aku tak de niat pape pon. AKu cume seronok berkawan macam biase, tapi masih lagi menghormati mereka walaupun aku selesa berkawan dengan mereka. 


Tapi ada perkara yang kita perlu aware jugak. Setakat yang aku pernah berkawan dengan makcik-makcik ni, ada yang rasa kita ni akan jadi calon yang sesuai untuk anak2 lelaki mereka. Bahayakan? Tapi kenela pandai2 menolak dengan cara yang elok. Kadang2 aku bergurau dengan mereka tanda aku menolak. Ada yang pernah aku experience, makcik tu kecewa sebab anak dia mengikat pertalian dengan orang lain. Dia ingat aku rapat dengan anak dia sebab kami serasi dan ada jodoh atau sebagainya. Tapi tidak. Bila disuarakan hasrat hati yang tidak kesampaian, cuma ayat "bukan jodoh yana".. itu pon dah cukup.


Jujur aku tak de niat nak berkawan dengan makcik2 ni sebab aku nak depa pilih aku jadi menantu pilihan. Semua mak2 atau ibu2 kepada kawan2 aku, aku anggap macam ibu aku sendiri. Seronok rasanya dapat bermanja dengan mereka. 


Tapi tula kan. Yang peliknya dengan "bakal mak mertua" sendiri aku tak berani. Ketaq lutut aku cakap weh. Tak tipu. Mulut macam kene jahit. Huhu. Maafla ye Tok Wan. Tapi insyaAllah nanti ok la kan. Nasib baik ummi baik je dan kadang2 cool ..hehe... kadang2 aku ngan ummi abi Tok Wan suka kenekan Tok Wan ni. 
Sebab Tok Wan ni pemalas ..Si pemalas yang manis. Ewah. Nampak kat situ, semua nampak baik kat dia kan. Eh. Dia memang baik la. haha.. 


sorila, lari dari tajuk pulak ye. Ape pon, kite perlu la ringankan mulut untuk senyum kalau dah tak boleh sangat nak bercakap ye. Kene jaga hati orang tua ni. Terima kasih la ibu dan ayah kerana mendidik akak supaya menjadi seperti hari ini. Macam aku ni berjaya sangat kan. Ha. mestila.. 


Kesipulan cerita aku, what you gives, you get back. Kalau kita sayang orang dengan ikhlas dan berikan kebaikan kepada orang tu, macam tu jugakla kita dapat.


Ini cerita aku. Sesaje nak berkongsi kat dalam ni. Sape2 yang rase salah atau betol atau dia ada cerita lain, bolehla komen sikit ye. 


ok daaa..

No comments:

Post a Comment