Mar 4, 2012

Berduyun-duyun kereta rombongan pengantin datang..

Satu..dua....empat..tiga..eh, banyak jugak kereta yang hantar pengantin ni... Seronoknya. Semua ahli keluarga ikut dan dalam setiap kereta penuh pulak ye. Memang meriah. Lagi meriah kalau dengar kompang bunyi dengan kuatnya masa jemput pengantin. Wah ..gitu.

Teringat (maknanya dah lama ye, tahun lepas)haha.. masa rombongan family aku hantar pakcik aku yang baru kahwin hari tu. Kelakar.. Sebab? sebab hantar ke kampung sebelah je.hikhik.. Dah itu jodoh die kan. Yang ko sibuk nak marah kenapa peah? haha. Sangat seronok ye bila kumpul reramai. 

Takde kompang ye tapi disambut dengan selawat. Memang syahdu je rasanya. Bukan setakat selawat pakai music je, tapi ni dengan kitorang sekali berselawat. Memang pakcik ku itu tersenyum lebar je. 

Ada kisah disebalik perkahwinan pakcik aku. Tapi lets talk about happy event only yarr. No sad sad. hehe. Pakcik aku yang memang dah hensem dan comel ini bertambah comel lagi dengan baju melayu yang lengkap. Gojes gitu.eh. 

Masa kitorang hantar dia belum nikah lagi. So reramai saksikan akad nikah dia ni. Memang asik dikenakan je dengan kitorang. Teringat pagi tu aku gelabah pergi pekan sebab nak carikan album untuk isi duit hantaran. Kedai tak bukak lagi ye. Harap maklum. Dengan tak malunya aku panggil uncle suh bukak kedai. Pakcik aku lupa and dia pun tak reti sangat pasal benda ni. Aku siap beli bunga fresh lagi ye untuk nampak romantik. wauu..haha. 

Jom layan gambar.







No comments:

Post a Comment