Mar 6, 2012

Perempuan memang kuat cemburu

Dikala lewat petang dan senja mula menjengah, daku bersedih dengan perasaan yang tak kuduga akan hadir. Rasa sudah lama perasaan itu tidak menjengah didalam diri ini. kebabooom. Sengal ke hape.

Maaf la ye. Entry mengarut. 

Kawan jahat : ko tengok tu, perempuan tu tengok dia.
Kawan baik : ada je orang lain yang tengok dia
Kawan jahat : tapi cuba ko tengok betul-betul mata perempuan tu. Dia tengok buah hati ko tu
Kawan baik : Biar jela. Kenapa nak cemburu
Kawan jahat : Eh, mestila cemburu. Dia kan ko PUNYA!!
Kawan baik : Bukan, dia bukan kau yang punya. Dia hanya manusia yang dimiliki Allah, dia bukan suamimu. Sudah tentu dia bukan milikmu.
Kawan jahat : Kau cintakan dia kan?
Kawan baik : Fikirkan bahawa kau lebih cintakan Penciptamu, Allah.

Antara kawan baik dan juga kawan jahat, yang mana anda pilih. Ofkos kawan baik kan? Sila get lost bagi mereka yang kata mahu memilih kawan jahat. ehek. OVER hokeh. Pilih kawan jahat mungkin boleh tapi bukan untuk diiukti, tapi untuk dinasihati si kawan jahat supaya kita sama-sama berkawan dengan yang baik. Betul ke? Correct me if i'm wrong. 

Sebagai manusia yang lemah, paling tepat sangat lemah.. Kita selalu hampir lupa siapa yang sepatutnya kita perlu ingati. Aku mula sedar kala aku sedih, gembira, susah, senang, menangis, ketawa dan macam2 hal lagi, hanya Dia yang ada. Hanya Allah yang ada. Dia ada dimana sahaja. 

Back to the story, aku cemburu bila melihat foto "dia" dan juga rakannya. Mengenangkan cerita kawan sekolahnya yang memberitahu ada seseorang yang admire die because of his voice masa dia jadi imam, aku sentap. Sentap la kan. Sape tak sentap.. Rasa terancam. Even aku tak tahu siapa yang admire dia kan. Over lagik. 

Jadi bila nampak girl ni pandang dia semacam( gambar candid), aku CEMBURU peah!!! Tapi situasi diatas menyedarkan aku bahawa "KAU TAK PERLU CEMBURU YANA!!!!"yeke? cemburu sikit jugak leh tak? degil!!!heh

Jadi, dengan serba salahnya bila rasa cemburu tu datang, menangis pulak anak dara ni. Ya Allah, gedik betul nangis sebab itu ja.Menangis kaw sebab rasa tak patut ada perasaan tu. Jadinya, istighfar dan terus terang minta maaf pada dia sebab tadi terover marah sendiri, menjeling sendiri tengok gambar and minta maaf sebab tetiba nak marah dia kan. Over!!

Sekian, malu tapi mahu jugak tulis entry ni konon ada orang dengar luahan pok pek haku.

No comments:

Post a Comment