Okei, atas kebengangan yang melanda tengah malam tadi, maka keluarlah entry ini. Nak dipendekkan cerita aku tersangat la marah. Siyes semalam penat. Tak kisahla kan semua orang pun penat
Semalam aku ada dua tempat kena rewang. Memang lenguh segala la kan. Kebetulan kaki dan tangan aku baru-baru ni terseliuh. Jadi memang tahan sakit je bila buat kerja.
Rewang kat rumah nenek settle lepas asar, so balik rumah solat asar jap then teros rewang rumah jiran. Jiran ni antara yang baik dengan aku. Yang selalu manjakan aku.. yang selalu leh cerita banyak dengan aku. Takkan aku tak pergi kan. Ahad aku dah tak voleh rewang sebab jadi penyepit kawan aku(wedding).
Sampai ke malam aku rewang, karaoke non stop. Aku tak faham kenapa sekarang benda ni macam dah jadi satu keperluan masa wedding. Kalau setakat pasang lagu lama-lama yang slow , takpe..aku boleh tahan lagi. Bila dia start pakcik makcik menyanyi, aku dah tak tahu nak cakap ape. Ada beberapa perkara yang aku fikir.
1. Bila diorang naik syeh, dipasang lagu rancak tahap orang muda dengar tapi aku rase tak sehsuwai langs0ng dengan majlis
2. Nenek aku ajar, kalau buat bende sekecik2 perkara, contoh kupas bawang, kupik kentang ke, kire bulu ayam ke..eh.. bace selawat. dapat pahala. Tapi bila macam ni?????
3. Lagi tak faham bila masing-masing nak berkaraoke tengah2 malam. Tak reti hormat jiran langsung!!!!!! ni after bila aku intip, dah takde orang.. tuan rumah dh masuk rumah..Tapi orang len duk sebuk nak nyanyi tunjuk ko macam m nasir or siti noraliza ni kenapa???? kot ye pun nak hilangkan tension ke, tak payah susahkan telinga orang nak dengar lebih-lebih lagi TENGAH MALAM!!!!!! Ko nak nyanyi silakan di bilik kosong yang orang lain tak boleh dengar.
ok, nampak tak tahap kemarahan aku. Geram ye. Ni word KARAOKE yang wat aku geram sangat. Takat dengar lagu, aku tahu aku kene hormat hak orang tapi tolongla, aku nk solat Zuhur ni pun tak khusyuk.
Memang malam tadi aku balik awal dlm kul 10.30 sebab penat giler dan nak rehat. Tapi at last aku tidur kul 1 jugak. Itu pun rite after karaoke habis memang terus lelap. Adoiiiiiiiiiiiiiiiii
Pagi ni jam 9 pagi masih senyap. Lega la otak aku ni. Tapi sat g kompem start balik.
Adoi, kuatkanla hati aku nih. Penat telinga ni.Kirenya dalam cerita ni, kalau suara sedap takpe. Ni tak sedap. Lari pitching segala. Lagi satu, ko tak reti malam buta ke? Jangan bagi alasan, ala orang dah takde, tengah tidur semua, tak pe je. Banyak cantik!!!!. Susah nak tido dengar sore ko cik senanh oii. Tak tahu la nak cakap, tapi senang kata, kalau cik senah g kenduri kawen, tak payahla karaoke bagai ni. hish.
No comments:
Post a Comment