Mar 7, 2012

Jobless part 2 - kali ni untuk peringatan sesama kita

Melalui masa-masa yang sangat berharga bila duduk dirumah, perkara dibawah adalah teman setia ku yang selalu dengar sok sek dari mulut haku. Belum gila ye, ulangan... belum gila.






Memetik kata nasihat dari seorang sahabatku,


Jangan pernah katakan aku boleh/kau boleh!
Sebaliknya masa saat Abu Bakar menemani nabi berhijrah, hanya berdua, meninggalkan anak isteri, keluarga harta dan  segalanya atas sesuatu yang kabur dan tidak pasti. Ketika di gua Thur akibat diburu kafir, dimana gua yang sangat kecil , dari luar pula masih boleh dilihat, saat kelelahan, yang membuat mereka tetap tabah dan kuat ialah KEYAKINAN KEPADA ALLAH dan kata-kata Abu Bakar yang famous " La Tahzan, innallaha ma'ana".

Seorang sahabat menasihati aku tatkala aku rasa kesabaran yang ada pada diri terlalu menipis. Jadi, dengan berbekalkan kata-kata nasihat diatas, aku malu. Aku lupa bahawa kita sebagai hamba perlu meletakkan sepenuh keyakinan kepada Allah disamping usaha yang kita lakukan.


Memetik kata-kata seorang senior ku,


"hidup ni, kite tak boleh kejar sesuatu sgt...dulu masa abang start keje.. kan kene bejauhan dr family kan..
jadi tiap kali keje je, abang selalu counting bila nak balik kampung..then bila dah abis balik kampung, nak kembali keje, abang counting lg days yg next punye balik kg..tapi bile fikir, keje ni takkan habis pun, sampai masa baliklah kan.. so, lepas tu dah tak counting dah.. just enjoy da working life here.."

".. tp jgn laa risau or harap sgt kat sesuatu keje tu.. just go on with ur life day by day.. "


Aku berkesan dengan kata-kata dari keduanya. Mane tahu sesiapa yang baca entry ni terasa macam aku kan. Motivate diri sendiri juga. 

 

No comments:

Post a Comment