Jan 18, 2011

Takutlah pada Allah..

salam..hye..snanyer che'chubby nk isytiharkan yg hr ni ce'chubby nk tukar name...from n0w, name che' chubby bertukar menjdik che'ell..klu dtg ke kampus che'ell, sebutlah name che'ell, k0mpem org TAK KENAL!!!! hahahaha....sapelah diri ni kan??

hr ni (isnin), che ell xsangke che'ell dpt siapkan beberape keje yg che'ell anggap penting.. ahad mlm lg, che'ell dh psg niat nk p0nteng clas isnin padahal isnin leh dikate pen0h.. atas dor0ngan seseorng yg che'ell anggap plg penting dlm idup ini..owh...che' ell gagahkan diri gak dtg even xgagah tp cengeng..hehe... che'ell d0wn sgt br2 ni tp alhamdulillah, Allah sygkan che'ell..che'ell masih ingt untuk s0lat n che'ell kuat untuk tempuh sume ni..  selame ni che'ell sedar che'ell terlalu takut kepada bnd yg xsepatutnye...maksud che'ell, che'ell sepat0tnye tak0t Allah lebih..tp che'ell terlalu mementingkan hal2 duniawi.. che ell ade bace sedikit panduan..meh kite k0ngc ramai2 ek...

Imam Ghazali ketika menjelaskan manfaat taqwa telah berkata:

Taqwa itu harta terpendam yang berharga sekali jika engkau mendapatnya. Maka seolah-olah berkumpul kebaikan dunia dan akhirat di dalam taqwa itu. Dan perhatikan apa yang difirmankan dalam Al Quran mengenai taqwa. Banyak sekali Allah memberi nkeuntungan, pahala yang besar dan keselamatan yang  disandarkan pada sifat taqwa.”

Apa yang dikatakan oleh Imam Ghazali itu adalah bersumberkan ayat Quran ini:

Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. Iaitu orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertaqwa. Bagi mereka berita gembira di dalam kehidupan di dunia dan (dalam kehidupan) di Akhirat. Tidak ada perubahan bagi kalimat-kalimat (janji-janji) Allah.Yang demikian itu adalah kemenangan yang besar.” 
(Yunus: 62-64)

Orang bertaqwa akan sentiasa memelihara dirinya daripada semua batas dan hukum-hukum agama. Segala yang wajib dan sunat akan dilaksanakannya. Manakala segala yang haram dan makruh akan ditinggalkannya. Bukan itu sahaja malah, mereka sangat berpada-pada dengan segala yang halal kerana takut dihisab (diperhitungkan di akhirat kelak). Ini selaras dengan kata-kata Sayidina Ali: “Aku sangat berhati-hati dengan dunia kerana haramnya diazab, halalnya dihisab.”
 
Apabila seseorang memelihara hukum-hukum Allah, maka Allah akan memeliharanya. Dan Allahlah sebaik-baik pemelihara. Dalam erti kata yang lain, dengan bertaqwa seseorang telah mengambil Allah sebagai Pemelihara dalam kehidupan dunia dan akhiratnya. Rasulullah saw bersabada: Peliharalah Allah, maka Allah akan memelihara kamu…”

Soalnya sekarang apakah kita telah dipelihara Allah? Jawabnya bergantung pada pertama,  sejauhmanakah kita telah memelihara hukum-hukam, batasan dan segala kehendak Allah? Jelas sekali tahap ketaqwaan kita masih jauh daripada piawaian yang dikehendaki Allah. Al hasil, kita hingga kini belum mendapat bantuan Allah dalam menghadapi musuh-musuh Islam.

Al Quran telah menegaskan, jaminan kejayaan hanya untuk para muttaqin. Dan orang bertaqwa akan berjaya mengatasi masalahnya dan segala tipu-daya musuh. Hanya menjadi seorang Islam (muslim) belum menjamin kejayaan keatas musuh.

Dan ditegaskan bahawa para muttaqin ialah imereka yang memiliki dua kekuatan. Pertama, ke­kuatan rohaniah yang bersumberkan ibadah dan sifat-sifat mahmudah. Kedua, kekuatan lahiriah yang dibangunkan se­cara optimum mengikut batas keupayaan yang paling tinggi.

Maksudnya, orang bertaqwa ialah mereka yang baik hubu­ngannya dengan Allah dan manusia. Dan mereka juga cemerlang dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan ke­hidupan. Ini selaras dengan peranan manusia di muka bumi sepertimana yang tercatat dalam Al Quran – sebagai hamba, khalifah dan pemakmur muka bumi.

Hope dpt jdik pengajaran untuk che'ell terutamanye n untuk rakan2 len..ameen..

k,daa..





No comments:

Post a Comment