Aug 19, 2012

Belajarlah untuk lebih bersyukur dan bersabar..

Tak semua yang kita impikan akan menjadi kenyataan. Tapi tak salah juga untuk kita berusaha demi mencapai sesuatu yang kita impikan. Islam mengajar untuk kita usaha dan tawakal. Banyak lagi yang Islam ajar, ajar untuk kita bersabar dan sentiasa bersyukur. Rasanya cukup dengan empat term ni pun, InsyaAllah perjalanan hidup akan sentiasa harmoni.


Kalau dahulu bahagia yang dikecapi penuh dengan rasa yang mampu membuatkan kita ternanti-nanti Hari Mulia Hari Raya, dan hari ini pula berlawanan dengan yang sebelumnya.. Ucaplah syukur kepadaNya kerana sekurang-kurangnya kita diberi nikmat hidup dan sihat yang hanya Dia yang mampu beri. 


Yakinlah dengan Allah. Dialah yang Maha Berkuasa. Benar. Setiap dugaan yang diberi hendaklah dipandang sebagai peluang bagi kita sendiri untuk lebih dekat kepadaNya. Dengan cara berdoa dan sentiasa mengingatiNya.


Setiap yang berlaku pasti ada hikmahNya. Aku bersyukur kepadaMu ya Allah.




Aug 13, 2012

Runsing

Pernah tak korang rasa mata panas je macam nak menangis which is memang nak nangis tapi ditahan-tahan? Wonder why aku macam ni. Lately, aku sendiri tak faham dengan diri sendiri. Beria sungguh tahan air mata ni dari keluar. Sebab? Hanya Allah yang tahu..Aku sendiri pon tak tahu..


Penat rasanya depan orang kita ceriakan muka, tapi dalam hati menahan rasa nak nangis. Seriously aku tak tahu kenapa.


Mungkin banyak bende nak fikir. Tapi ape? Maha Suci Allah yang cipta rasa sedih, rasa gembira, rasa terharu, rasa benci dan sebagainya. Dan Maha Suci Allah yang mencipta air mata .


Ada beberapa perkara yang jadi dalam minggu ni. Dikala aku diberi ketenangan hati dan keikhlasan diri dalam melakukan sesuatu, Allah kurniakan rezeki yang lebih untuk aku. Rezeki yang membuatkan aku berfikir banyak. Alhamdulillah.. Aku masih bersyukur tapi aku perlu kuat dan aku perlu lihat sedalam2 nya apa hikmah yang Allah ingin aku lihat.


 Lemahnya aku bila bercerita masalah pada sahabat tak kira jauh, dekat. Air mata ni laju je mengalir. Bulan pose ni boleh nangis ke ye? Alahai..


Anyway, Semoga Allah beri ketenangan dalam hidupku..

Ya Allah, berikanlah kesejahteraan hidup kepada kedua ibu bapa ku, rakan-rakanku, guru-guruku, seluruh ahli keluargku serta diriku. Amin.

Aug 7, 2012

Fasa hidup yang baharu


Siapa sangka, masa berlalu dengan cepatnya sampai tiba2 aku terfikir "eh, aku balik dari keje ke?".. Maafla..kalau ikutkan memang ramai yang dah bekerja dan sudah pon tempuh macam2 cerita waktu bekerja. Aku ni masih merangkak2 dengan fasa baru ni. 


Selepas belajar hampir 5 tahun, aku berjaya akhirnya bekerja dan memanfaatkan apa yang aku belajar dulu
Tapi sesungguhnya manusia ni sangat tamak. Kadang2 aku digangu dengan rasa tamak yang memanggil2 untuk mencari pekerjaan yang lebih hebat dan lebih baik daripada yang sekarang. Malu bila perasaan macam tu timbul dalam diri aku.

Semalam terbaca buku Prof Dr Muhaya .. diingatkan oleh dia melalui buku tentang sebab2 kelahiran kita didunia. Otomatik teros hilang sifat tamak aku dan rasa malu ni datang mencurah2 sebab aku lalai dengan sebab mengapa aku dilahirkan didunia ni. Ya Allah, semoga aku sentiasa berada dibawah lindunganMu ya Allah. 

Anyway, fasa baharu ni buat aku rasa macam dah berumur la. Boleh tak macam tu? risaw pulak. Biarla berumur tapi hati masih muda menjambu. ekeke.. Bahasa buruk betol. 

Nampak tak aku boleh ubah mood aku? hehe.. Sekarang ni aku cuba untuk jadi hamba Allah yang sentiasa mengingatiNya dan juga tidak lari dari landasan yang benar. Semoga Allah tunjukkan jalan yang benar untuk aku. 

Ape pun, selamat menempuh alam pekerjaan ya Noor Iliana.. Solat jangan lupa , Hormat kawan2 kat ofis dan sentiasa bersyukur dengan apa yang Allah berikan. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui segala ketentuan. 

Senyuummmmmmm....(^_^)