Oct 4, 2012

Done with seraching and getting bored

Done with searching and surveying. It was happy moment when we did search for our happy event ..LATER.. not in this short period harr.. Searching, Calculating, Figuring and what so ever. Till then i'm getting bored because i've been searching by my own without IBU.. 

tiap kali amik gambo mesti nk dongak... (macam adik ngan kakak kan?)

Cayunk ibu sangat2.... 



Before this everything that i'd done will be accompanied by her. But now, only searching "alone"..  But its ok lorr, it is just a planning. Sooner or later she will company me la kan. 


 Getting bored during stay in this house without doing nothing. My routine is about house keeping, cooking, take care of my younger brother. That's all. So, the rest of time will be used by online for sure. 


Sooooo many things need to be prepared, but i will try to do my best for each things..each.......things.... InsyaAllah.. 


Till then, bye.

Oct 3, 2012

Sebahagian daripada insan yang ku sayang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. 

Eceh, bajet bagi ucapan ala parlimen. Gediks! Setelah melalui hari-hari yang menyukarkan, Alhamdulillah, Maha Suci Allah ... Sekarang boleh senyum dan tak nangis dah.. Kenapa nangis? kalau orang jawa kata, ciwek.. (kuat menangis).. Tak tahula kenapa nangis je kan. Tapi ok dah ni. 


Tengok muka aku paling latest. Makin bam bam kan? Tapi hari tu jumpa kawan2 lama, kata aku kurus. Sah lama tak jumpa. Maafla gambar blur betul.. pandai sangat save as je dari facebook. Malu gile cite.. 
Time ni la aku tak pakai make up ape pon.. Ape pun tak boleh!! hahaha..


masa jadi pengapit ayu.. bayangkan sememhnye pengapit..(^_^)
Eh, terselit pulak gambar pre-convo ni. Kami berlima tersangatlah rapat tak kira dalam lab or mana2 workshop. Memang pasti bersama la. Sampai aku dengan Amni ni malas kadang2 nak bagi note kat bujang bertiga tu. Tak voleh velah vetol tunggu nota daripada pompuan kan. Pompuan jadik mangsa.huh!


Dari kiri : Amni, Awe, Nawi, Wan, Yana

Ok, Fokus pada gambar dibawah. Nampak cincin di jari? Haha.. Renung-renungkan dan selamat meneka. kihkihkih. Itula hadiah hari lahir aku yang ke -24 daripada "orang-orang yang tersayang". 


sedap giler air yang aku minum. tak hengat nama die ape..
 Tok Wan suka gambar bawah ni. Sebab nampak ayu kowt. Ayu ke? memang ada ayu pon. Pengantin tu nama dia Ayu. Tapi, this look la yang orang kata aku kurus. Aku rasa aku kene pakai baju kurung dan ayu-ayu gitu .. Sebab tiap kali aku pakai macam tu baru orang kata aku kurus!


Majlis Perkahwinan Faisal & Ayu

Ni baru apart of Manuriangs. Actually setakat ni kitorang tak pernah fail untuk gather even kadang2 plan gitu jer. Sebab kitorang sayang menyayang. Tak kesahlan jumlah penuh atau tak, tapi mesti jumpa!!! 

Sayang sangat dengan mereka2 semua. Mereka2 ni la yang jadi kawan gelak, kawan sokong, kawan kutuk, kawan ngumpat, kawan group study..eh, study group.. dan kawan segalanya lah. Melebih plak kau jah..ha..


Dari depan kiri : Bahiah, Lina, Syikin, Suzai, Yana, Amni, Yati, Nija
Dari belakang kiri : Haizam, Hanif, Syed, Iwan, Kamal, Nawi, Wan , Awe

Gambar last. Ok. No komen.



Lupa plak. Sebenarnya aku terjumpa quote ni...

" The happiness of your life depends upon the quality of your thoughts, therefore GUARD accordingly "... 

like banyak2 quote ni.. 


kbai.



Sep 26, 2012

Rindu Yang Teramat

Tarikh konvokesyen semakin hampir. Ada something yang buat aku sebak .. Tapi dalam masa yang sama Allah sediakan perkara yang membahagiakan disamping kesedihan yang aku dapat. Macam-macam jadi . 

(termenung sekejap)


ibu dan ayah
Siyes rindu dengan ibu dan ayah. Tanggal 20hb September, ibu dan ayah berlepas ke madinah dan akan bertolak ke Mekah untuk menunaikan haji. Alhamdulillah, memang rezeki ayah dan ibu untuk pergi tahun ni. Memang tak dijangka. Persiapan pun ala kadar je. 

Aku cuma harapkan keduanya dipermudahkan urusan disana dan diberikan nikmat kesihatan sepanjang mereka melakukan ibadah. Tiap pesan ibu dan ayah sebelum berangkat buat air mata aku mengalir laju. Aku pun dua beradik je, makanya rapat dengan ibu ayah macam rapat dengan kawan2.. 


Both of them very special. Kawan mengumpat, kawan nak melawa, kawan nak shopping dan macam2 la. 

(Sebak sekejap)

Bakal amik ijazah without both of them. But its okey because they will be special guest in Macca.. Alhamdulillah.

Okla, hari ni bakal sign kontrak dengan new company. Big chances and big responsibility. Only for ayah, ibu, adik dan keluarga bakal mertua. erk.. YE, BETUL.. semua untuk orang yang tersayang. 


Wish me luck (^_^)

Sep 23, 2012

Kahwin paksa!!!

Yuhuu, title post memang xvoleh velah. Senget betul. Aku dah buntu nak fikir post apa nak update dalam blog ni. Memang la tak ramai bilangan yang membaca tapi sekurang-kurangnya tidakla dibiarkan gini je kan.Hampir sebulan lebih aku tak tulis apa-apa entry pun dalam blog ni. Kekangan masa sungguh. Poyo keje banyak.

zaman muda2 yang bam bam
 Okey, takde kaitan pun gambar diatas dengan title post. Kalau la aku kemas comel hok gini masa rombongan sampai..sigh~
Rombongan ape? Lu pikirla sendiri..kahkahakah..keji gila gelak macam tu.

verangan nak bahagia..(^_^)
 Biarla aku letak gambar ni ye. Aku tersangat la rasa bahagia kalau tengok gambar ni. Tok Wan memang suka candid macam tu. Nak bagi aku malu sensorang. Macam aku je beria dalam gambar ni kan. Kanak2 tu anak orang, harap maklum. kihkihkih.. Disebabkan aku serba pink, mencarila yang sedondon gitu.. hehe

nama glemer aku
 Nama glemer yang kawan2 beri. Takde satu pun ahli keluarga aku yang panggil dengan nama ni. Nama punya ayu dibagi "iliana"... takkan diorang nak panggil ell kan.. motif... Nanti nak suruh keluarga belah mentua panggil boleh.. erk..mentua??? serrrraaammmm sejuk sebut....


poyo kunun tunggu bas kat uia
Rindu dengan uia sangat. Tak sabar nak jejakkan kaki ke uia untuk amik robe and jejakkan kaki untuk majlis konvokesyen. Bahagia sangat sebab this time, walaupun ibu ayah tak dapat datang, but i do have "ummi", "abi", nenek, and makcik2 yang bakal temankan aku nanti.


Btw, ibu ayah aku pergi menunaikan haji. Aku berdoa agar keduanya diberikan nikmat kesihatan sepanjang berada disana.

Bla bla bla panjang sangat sampai lari dari tajuk entry ni. Sebelum ibu ayah pergi, ibu ayah ada sediakan hadiah hari lahir untuk aku yang mana tersangatla istimewa. Sangat surprise sampai tak tertahan air mata ni mengalir. Terima kasih untuk orang2 yang aku sayangi . "Mereka" bertungkus lumus plan untuk semua ni dan aku rasa....BAHAGIA........... that's it.. Len2 aku cite hari lain.


Selamat Hari Lahir untuk diri aku sendiri. Now i'm officially 24 years old..auch, mudanya..... hehe...

Nak g rewang, babai...

Aug 19, 2012

Belajarlah untuk lebih bersyukur dan bersabar..

Tak semua yang kita impikan akan menjadi kenyataan. Tapi tak salah juga untuk kita berusaha demi mencapai sesuatu yang kita impikan. Islam mengajar untuk kita usaha dan tawakal. Banyak lagi yang Islam ajar, ajar untuk kita bersabar dan sentiasa bersyukur. Rasanya cukup dengan empat term ni pun, InsyaAllah perjalanan hidup akan sentiasa harmoni.


Kalau dahulu bahagia yang dikecapi penuh dengan rasa yang mampu membuatkan kita ternanti-nanti Hari Mulia Hari Raya, dan hari ini pula berlawanan dengan yang sebelumnya.. Ucaplah syukur kepadaNya kerana sekurang-kurangnya kita diberi nikmat hidup dan sihat yang hanya Dia yang mampu beri. 


Yakinlah dengan Allah. Dialah yang Maha Berkuasa. Benar. Setiap dugaan yang diberi hendaklah dipandang sebagai peluang bagi kita sendiri untuk lebih dekat kepadaNya. Dengan cara berdoa dan sentiasa mengingatiNya.


Setiap yang berlaku pasti ada hikmahNya. Aku bersyukur kepadaMu ya Allah.




Aug 13, 2012

Runsing

Pernah tak korang rasa mata panas je macam nak menangis which is memang nak nangis tapi ditahan-tahan? Wonder why aku macam ni. Lately, aku sendiri tak faham dengan diri sendiri. Beria sungguh tahan air mata ni dari keluar. Sebab? Hanya Allah yang tahu..Aku sendiri pon tak tahu..


Penat rasanya depan orang kita ceriakan muka, tapi dalam hati menahan rasa nak nangis. Seriously aku tak tahu kenapa.


Mungkin banyak bende nak fikir. Tapi ape? Maha Suci Allah yang cipta rasa sedih, rasa gembira, rasa terharu, rasa benci dan sebagainya. Dan Maha Suci Allah yang mencipta air mata .


Ada beberapa perkara yang jadi dalam minggu ni. Dikala aku diberi ketenangan hati dan keikhlasan diri dalam melakukan sesuatu, Allah kurniakan rezeki yang lebih untuk aku. Rezeki yang membuatkan aku berfikir banyak. Alhamdulillah.. Aku masih bersyukur tapi aku perlu kuat dan aku perlu lihat sedalam2 nya apa hikmah yang Allah ingin aku lihat.


 Lemahnya aku bila bercerita masalah pada sahabat tak kira jauh, dekat. Air mata ni laju je mengalir. Bulan pose ni boleh nangis ke ye? Alahai..


Anyway, Semoga Allah beri ketenangan dalam hidupku..

Ya Allah, berikanlah kesejahteraan hidup kepada kedua ibu bapa ku, rakan-rakanku, guru-guruku, seluruh ahli keluargku serta diriku. Amin.

Aug 7, 2012

Fasa hidup yang baharu


Siapa sangka, masa berlalu dengan cepatnya sampai tiba2 aku terfikir "eh, aku balik dari keje ke?".. Maafla..kalau ikutkan memang ramai yang dah bekerja dan sudah pon tempuh macam2 cerita waktu bekerja. Aku ni masih merangkak2 dengan fasa baru ni. 


Selepas belajar hampir 5 tahun, aku berjaya akhirnya bekerja dan memanfaatkan apa yang aku belajar dulu
Tapi sesungguhnya manusia ni sangat tamak. Kadang2 aku digangu dengan rasa tamak yang memanggil2 untuk mencari pekerjaan yang lebih hebat dan lebih baik daripada yang sekarang. Malu bila perasaan macam tu timbul dalam diri aku.

Semalam terbaca buku Prof Dr Muhaya .. diingatkan oleh dia melalui buku tentang sebab2 kelahiran kita didunia. Otomatik teros hilang sifat tamak aku dan rasa malu ni datang mencurah2 sebab aku lalai dengan sebab mengapa aku dilahirkan didunia ni. Ya Allah, semoga aku sentiasa berada dibawah lindunganMu ya Allah. 

Anyway, fasa baharu ni buat aku rasa macam dah berumur la. Boleh tak macam tu? risaw pulak. Biarla berumur tapi hati masih muda menjambu. ekeke.. Bahasa buruk betol. 

Nampak tak aku boleh ubah mood aku? hehe.. Sekarang ni aku cuba untuk jadi hamba Allah yang sentiasa mengingatiNya dan juga tidak lari dari landasan yang benar. Semoga Allah tunjukkan jalan yang benar untuk aku. 

Ape pun, selamat menempuh alam pekerjaan ya Noor Iliana.. Solat jangan lupa , Hormat kawan2 kat ofis dan sentiasa bersyukur dengan apa yang Allah berikan. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui segala ketentuan. 

Senyuummmmmmm....(^_^)

Jun 30, 2012

Dedicated for the one who always by my side


For last 3 days , I had experienced for such a hard life. Everything was not under my mind and I am grateful as he always by my side. Even make me remind that all of this is dugaan and I need to walk one step at a time. 

Dear my love, thanks for always supporting me. When my parent is far from me, when I have no one around me, you always try your best to make me comfort. All hardship that you did, I am very grateful for that.

Thanks for always remind me to be patient and not forgetting to ask from Allah to give me strength. 
I am just hoping that soon, all hardship from us will be paid .. 


Jun 29, 2012

Bertimpa-timpa dugaan yang datang..

Sesungguhnya Allah lebih mengetahui setiap sesuatu yang direncanakan. 


For straight three days, it was such hard experience. As for one day, i got a job, but then it was immediately start with session of introduction and continually until 3 years . Actually i got this job from middle of june. Till then they told me to come and go through the contract. Maybe i had misheard on the info and I was came without nothing in hand. Only purse, phone and book. Then, as i started to read the tentative, it had already setup for  that day onwards.


Can you imagine how would i felt on that time? I cant explain about the feel . When i want to text Tok Wan and tell him about this, i got a message from him that i am lucky because there is room to be rent. His mother help me to find the room. His parent was helping as they can and i feel like i had burdened them especially ummi. Thanks ummi. Yana terhutang budi sangat pada ummi.


Before i got into the room, ummi give me money to buy set of clothes for tomorrow. Malu sangat pakai duit ummi. She gave me a lot and i still keep her money till now. Until i got a job, i will repay her. Then, for the next day, I went to the company to start work but still not signing for any contract. Then, yesterday.. I WAS VERY SHOCKED as i saw the basic salary for me was too low. When i asked her, she also wonder where i got the info about the basic salary which up to 2k. But then, after explaining and explaining.. I got my decision, I need to quit. I cannot live in this KL with that amount of money. Better aku keje jadi guru sambilan. Berbaloi je gaji sama. 


I just cant understand why they were treating degree student like this. Yes we know that we dont have any experience. Even operator does not have any experience but then, they watch, learn about all those thing. WE as a student who already had the knowledge and just need to add up the same thing as the experience one does, it cant be any problem later. 


Macam sia2 aku belaja dekat 5 tahun untuk dapatkan degree level tapi ape pon tak dapat. Dan level aku sama dengan diploma. Applicants dalam group aku yang amik diploma sampai cakap, nasib baik aku tak amik degree. HOW COME!!!!! now you see the different of those level. DEGREE was such nothing!!!! Bubar jela semua university. 


And now, totally i try to cheer up myself and think positive. 


Actually the story of dugaan aku ni tak habis. Tapi aku tak nak cerita sebab aku dah start sebak. Mata aku dah bengkak. macam mane aku nak keluar nanti. Pray and just try for the best. Thats all.

Jun 25, 2012

Pengajaran pada hari ini

Pengajaran pada hari ini ialah, cubalah memahami keadaan orang lain. Cuba untuk duduk ditempat dia, dan fahamilah mengapa? dan bagaimana?


Aku sedang dilema ambang Wati. ok tipu. Alhamdulillah rezeki untuk bekerja sudah datang walaupun bukan ditempat yang dihajati. Macam-macam benda dah jadik. Tok Wan dah mula bekerja jugak. Ape tu namanya Inko Oil and Gas kowt. Alhamdulillah. Tak kesah la kerja memane, yang penting solat tak tinggal dan tidak memudaratkan ..ye dak. 


Aku belum mula bekerja. Esok aku akan mengikuti taklimat berkenaan kontrak kerja yang aku dapat di Selayang. Kerja ni yang buat aku berfikir panjang . Habis list down kan semua kebaikan dan keburukan, end up aku bakal terima kerja tu. InsyaAllah. 


Nak dijadikan cerita, kehidupan semasa belajar memanglah totally jauh daripada kehidupan ketika bekerja. Time belajar, bolehla kau hadap muka dia, curik-curik tengok muka dia, paling best leh makan sama-sama dia. macamla tak leh makan dengan orang lain kan. ngengade. Kekadang je pon. ehek. yeke? 


Sekarang bila dah mula bekerja, tidaklah sekerap dahulu masing-masing boleh contact each other. Kan? TERPAKSA lupakan kejap si buah hati. Nak carik duit katanya. 


Boleh dikatakan kalau dahulunya setiap inci masalah yang datang, tiap inci tu jugaklah yang bakal disampaikan pada dia. Tapi sekarang, tak sama. Ketahuilah gadis bahawa dia sangat memerlukan masa untuk bekerja dan ketahuilah juga bahawa dia sangat letih dengan hidup sekarang. Jadinya rehat perlu cukup.


Dan ketahuilah si bujang, bahawasanya si gadis mempunyai masalah yang perlu dikongsi. Si gadis tidak tahu dimana hendak diceritakan. Si gadis yang selama ini bergantung harap padamu hilang tempat untuk mengadu. Dan ketahuila si bujang, si gadis hilang upaya untuk bercerita masalahnya tika dirasakan kamu penat, lelah, perlukan rehat, juga perlukan masa untuk hal lainnya. 


hep, tak suka la mood sekarang ni. Aku nekad nak terima kerja tu. Aku harap Allah akan permudahkan urusanku kelak. 


Tadi menyatakan masalah kepada Cik Fairos , lepas dengar story dia..aku rasa macam sama pulak ye keadaan masalah dengan buah hati memasing ni(bahasa aku teruk betul). Bezanya tukar jantina la. Lepas dengar cerita Cik Fairos, ok. bergenang air mata. 


taknak cerita dah.... 

Jun 22, 2012

Sup Ikan Merah Ell yang simple..Main campak2 je..

Salam Jumaat semua..

Hari ini ayah belikan ikan merah, daun sup, halia, sup bunjut , fishball n fishcake segala. Memang kompem la kene masak sup ni. Tengok2 ikan merah. Ikan merah kalau masuk rumah aku memang die akan kene masak sup. Sebab ape? sebab adik aku sangat suka ikan tu dimasak sup. 

Orang dalam rumah ni, ape2 je mesti ingat adik aku. huhu..Kuciwa. Plan hari ni aku nak masak sambal terung.Makanya kensel. Disebabkan ibu aku pergi tengok baby baru lahir, jadi aku dengan memandai men campak2 masak sup ikan ni. 

yeah!! Sedia...GO!!..
haha..

Berikut adalah bahan2 nya :

1 ekor ikan merah dipotong ikut suka.
1 ulas bawang merah
4 biji (yg kecik bukan sekali besar tu) bawang putih
3/4 hirisan halia
Lada putih (jangan terlalu banyak)
Daun sup
Daun bawang
1 biji Lobak
3 biji tomato
2 biji kentang dipotong dadu
1 peket fishcake
1 peket fish ball
sup bunjut

ikan merah siap dipotong dan dibasuh..
Atas kiri : Fishcake, lobak, tomato, fishball
Bawah kiri : Kentang, daun bawang, daun sup, Bawang putih, bawang merah, hali
Ini bukan bahan2 tapi barang2..hahaha. Lesung Batu terbaeeeekkkk ...

Bawang merah, bawang putih , halia dan lada putih yg siap ditumbuk


Cara-caranya adalah :

1. Tumbuk bawang merah, bawang putih, halia dan lada putih.
2. Rebuskan air agak2 ikan tenggelam (aku prefer buat sup cara rebus, kurang minyak)
3. Masukkan bahan yang sudah ditumbuk
4. Masukkan kentang supaya dia cepat empuk
5. Bila dah menggelegak, masukkan lobak dan ikan
6. Masukkan sedikit garam dan gula. Gula jangan banyak2
7. Masukkan sup bunjut
8. Masukkan fishcake, fishball segala..
Tunggu sehingga masak.. dan rasela kalau ada yang tidak kena, alter sendiri ye..

Ni aku main campak2 je.. Hasilnya...............................






Sup Ikan Merah Ell..hahaha..

Selamat mencuba ye.. Campak je..Yang penting baca Bismillah dan niat untuk ahli keluarga...hehehehehe (^_^)

Jun 15, 2012

Totally hate to make a choices~

 I totally hate to make choices. 
Only for two choices
But then still it was like burdening me as i put much effort on both

1st choice 
Not related with my studies
Temporarily working for only 3 months
Living in aunt's house which burden her
Unfamiliar working environment

2nd Choice
Related with studies
Contract for 3 YEARS
Need to seek for own house so not burden other people


So, which one?
I need a job
I need to find a money
I need to know which one is better
But no one knows till they experience those bad and good experience

I need a job
I need to show my parents that I am not study for long time for nothing
I need to help my parents
I need to pay my debts



I need a JOB!!!
Currently i'm not in good mood as it was like tired to think about simple thing

The most important thing was... am i useless person???
Why am i not getting any job till now


Ya Allah, Kuatkanlah hati hambamu ini. Lemahnya diriku bilamana ujian yang kau berikan terlalu kecil dibandingkan dugaan yang kau turunkan terhadap orang-orang lain. Jadikanlah aku hambamu yang bersyukur. Ampunkan dosaku Ya Allah.

Jom shopping handbag di Sophie Paris..

Assalamualaikum semua,

Hari ni aku rasa berkobar je kan. Sebab nak kumpul koleksi handbag. Dah depan mata je ni. Adoi. Dengan hanya RM 15 sebagai yuran untuk membership seumur hidup, kita dah boleh dapat 20 % diskaun untuk barang yang nak dibeli. Tak ke untung tu. Aku pon baru je join.. Tak peduli pape sebab memang dah niat nak wat koleksi beg. Sangat cantik2.  

Current catalogue while waiting for new one

Interested one..huhu

Member Card..(^_^)
Ada sesiapa yang berminat nak beli handbag, boleh roger aku okey..=)


daa

Jun 14, 2012

Perlunya menjaga hati orang tua..

Assalamualaikum semua,

Hari ini aku nak kongsi sedikit pengalaman hidup yang melibatkan komunikasi antara kita dan juga mereka yang lebih tua dari kita. Perkara yang aku nak kongsi ni , mesti difikir yang mana baik dan yang mana kurang baik. Yang baik boleh diteladani dan yang kurang baik mungkin boleh diperbetulkan lagi.

Ewah, aku dah macam menulis artikel plak. Aku jenis yang ramah. Erk, yeke? Aku rasala, sebab setakat ni kawan2 aku kata aku senang nak deal ngan orang tua. Ke aku ni macam orang tua. zass..hehe. 

Sepanjang hidup aku, aku dibawak oleh ibu aku untuk ikut rewang, ikut ke mana yang ada majlis. Tangan mesti jalan la kan. Setakat kau ikut pergi rewang lepas tu kau tak senonoh je duduk situ makan2, memang nak kene pelempang sikit. ha..kan..emo.. 

Ikut pengalaman aku, bila anak dara ikut pergi rewang, tapi kerja kau bercakap dengan mak atau adik beradik kau lepas tu makan2 , tak rasa malu2 untuk minum dan buat hal kau sendiri, adoi..malunya la senah. Kot ye pon nama rewang kan, tolong2 la sikit. Kalau ko rase malu nak bercakap dengan mereka2, ambil pisau dan tolongla pape yang patut. Janji tangan kau pon merewang jugak. 

Kenela tunjuk perangai yang molek2 kan. Mesti ade yang kate hipokrit pulak kan. Kene la cube. Dari hipokrit tu la kita akan terbiasa buat benda tu dan lama2 jadi diri kau yang sebenar. Practise makes perfect kan? 

Kita buat baik ni bukan dengan niat nak menunjuk-nunjuk. Tapi sebenarnya benda ni perlu sangat bagi aku. Kalau kita tak cuba untuk berkawan dengan orang, sampai bila-bila pon kita tak kan berkawan dengan orang. Cukupla kita senyum dulu dengan orang, kompem nanti orang tu akan mulakan dialog dan dari situ la kita boleh berborak dengan eloknya walaupun kita tak kenal sangat pon dengan dia.


Kadang-kadang makcik-makcik ni seronok kalau kita bercakap dengan dia, Dia akan rasa seolah2 kita ni berkawan baik dengan dia dan kadang-kadang MESTI ada masalah yang dia nak kongsi dengan kita. Ni pengalaman aku la. Aku tak de niat pape pon. AKu cume seronok berkawan macam biase, tapi masih lagi menghormati mereka walaupun aku selesa berkawan dengan mereka. 


Tapi ada perkara yang kita perlu aware jugak. Setakat yang aku pernah berkawan dengan makcik-makcik ni, ada yang rasa kita ni akan jadi calon yang sesuai untuk anak2 lelaki mereka. Bahayakan? Tapi kenela pandai2 menolak dengan cara yang elok. Kadang2 aku bergurau dengan mereka tanda aku menolak. Ada yang pernah aku experience, makcik tu kecewa sebab anak dia mengikat pertalian dengan orang lain. Dia ingat aku rapat dengan anak dia sebab kami serasi dan ada jodoh atau sebagainya. Tapi tidak. Bila disuarakan hasrat hati yang tidak kesampaian, cuma ayat "bukan jodoh yana".. itu pon dah cukup.


Jujur aku tak de niat nak berkawan dengan makcik2 ni sebab aku nak depa pilih aku jadi menantu pilihan. Semua mak2 atau ibu2 kepada kawan2 aku, aku anggap macam ibu aku sendiri. Seronok rasanya dapat bermanja dengan mereka. 


Tapi tula kan. Yang peliknya dengan "bakal mak mertua" sendiri aku tak berani. Ketaq lutut aku cakap weh. Tak tipu. Mulut macam kene jahit. Huhu. Maafla ye Tok Wan. Tapi insyaAllah nanti ok la kan. Nasib baik ummi baik je dan kadang2 cool ..hehe... kadang2 aku ngan ummi abi Tok Wan suka kenekan Tok Wan ni. 
Sebab Tok Wan ni pemalas ..Si pemalas yang manis. Ewah. Nampak kat situ, semua nampak baik kat dia kan. Eh. Dia memang baik la. haha.. 


sorila, lari dari tajuk pulak ye. Ape pon, kite perlu la ringankan mulut untuk senyum kalau dah tak boleh sangat nak bercakap ye. Kene jaga hati orang tua ni. Terima kasih la ibu dan ayah kerana mendidik akak supaya menjadi seperti hari ini. Macam aku ni berjaya sangat kan. Ha. mestila.. 


Kesipulan cerita aku, what you gives, you get back. Kalau kita sayang orang dengan ikhlas dan berikan kebaikan kepada orang tu, macam tu jugakla kita dapat.


Ini cerita aku. Sesaje nak berkongsi kat dalam ni. Sape2 yang rase salah atau betol atau dia ada cerita lain, bolehla komen sikit ye. 


ok daaa..

Jun 13, 2012

Mari belajar memasak Kari Ikan Bawal Emas dengan cara paling mudah..

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera kepada penonton sekalian. Bajet tukang masak. Kasi penampar sikit dengan kuali leper ini orang. Hari tu dah cuba sediakan "Nasi Ambeng". Kali ni aku sediakan menu lain iaitu jeng jeng jeng.. Kari Ikan Bawal Emas. 


Ade sesape tahu ikan bawal emas tu macam mane? Tadi Tok Wan baru je tanye ikan bawal emas tu macam mane. Ikutkan aku pon tak tahu tapi orang yang jual kata gitu, ikut jela kan. Yang aku tahu dia spesies ikan bawal. Haha.

setelah berhempas pulas nk potong jadila gini..punyela keras tulang die..

Bahan-bahan yang aku gunakan sangat simple sebab ibu aku memang ajar aku basic je. Part lain tu selalunye aku yang suke tambah-tambah. Baha-bahannya adalah seperti berikut:


1 ekor ikan bawal emas (lebih kurang 650g)
8 batang bendi
3 biji tomato
2 biji kentang 
Serbuk kari ikan (1 peket kecil)
Air kosong (bergantung pada ikan-agak2 tenggelam sikit)
1 ulas bawang merah
3 biji kecil bawang putih
halia (pandai2 la agak ye-jangan banyak sangat)
minyak masak



kentang n bahan2 yang aku tumbuk segala tak masuk ye
1. Panaskan minyak masak dalam periuk, jangan terlalu banyak . Lebih kurang 3 sudu makan.
2. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia yang ditumbuk
3. Sehingga bau sudah naik, masukkan serbuk kari yang siap dibancuh dengan air. 
4. Biarkan seketika, gaul sehingga meresap segal.haha
5. Masukkan kentang dahulu supaya dia cepat empuk
6. Masukkan air sedikit dan jangan biarkan air terlalu sedikit. Nanti takut kentang melekat.
7. Apabila sudah mendidih, masukkan ikan dan tuang air kosong sehingga agak-agak ikan tenggelam.Jangan banyak sangat air ye
8. Masukkan garam dan gula secukup rasa
9.. Masukkan tomato dan bendi 
10. Tunggu sehingga ikan benar-benar masak dan sedia untuk dihidang


Tadaa...Sonang ja kan. Aku rasa ada cara yang lebih pro tapi yang ni pun dh buat aku rase slurppp.. Perasan tak tiada santan digunakan? hehe.. Ibu kata ni la stail mamak.. Allahua'alam.

menggelegak dari dalam periuk..yeargh
 Ni percubaan pertama. Aku akan cuba buat untuk kali kedua guna bahan yang lebih mantop lagi. Adeke? hehe

Selamat Mencuba semua.Menu bujang je ni.

Jun 8, 2012

Nasi Ambeng yg simple lagi mahvelles!!



Ada sesiapa yang tak tahu menahu apa itu "Nasi Ambeng"? Yang tak tahu, sila angkat kaki.. Owh, adala beberapa orang jugak yang tak tahu pasal nasi ambeng ni ye. Aku ni kalau nak cerita pasal sejarah, memang FAIL!! 


Tidak kirala samada sejarah company untuk pergi interview ke, sejarah keturunan ke, sejarah masa sekolah ke.. dan macam2 jenis sejarah la termasuk sejarah Nasi Ambeng ni. 


Tapi aku rase macam eksaited pulak hari ni bila berjaya menyediakan nasi ambeng macam yang selalu ada kat kenduri2 tu kan. Kalau orang lelaki yang RAJIN pergi tahlil, mesti dia tahu. haha. Alkisahnya, malam semalam ayah aku dapat nasi ambeng which is kadang2 orang sebut "berkat" dari rumah yang buat tahlil. 


Aku , ibu n adik ni memang terpaksa makan la kan. Tak tahula pulak ayah aku nak. Malam tu ayah aku cuma bawak balik nasi ambeng then teros keluar jumpe wak yang boleh urutkan tangan dia yang terseliuh tu. Bila dia balik, dia tanya ibu aku. Mana la tak serba salah mak datin sorang tu. Tu yang siang tadi beria cari bahan untuk buat nasi ambeng. Kira ganti kan yang kitorang makan la malam tadi.  






Selepas dimakan

May 25, 2012

Macam-macam jadi..

Halo halo. 

Kene mula gotong royong ni. Penuh sawang lelabah pepijat dan nyenyamuk yg sekutu dengannya. Macam la bizi kan.. padahallll... eh,bizi betol taw. 

Aku mula kurang rajen nak tulis kat sini since aku gantikan guru bersalin. Tak lame pon, ni dah hari last dah ni. Kemain budak2 ni kuar ayat sedih.."ala...nape kejap aje.."sudahla..

Kebetulan hari aku menggantikan guru bersalin ni, aku dapatla merasa kemeriahan Hari Guru dan kepenatan Hari Peperiksaan Pertengahan Tahun. Siyesly, takkan aku nak tinggal gitu je. Kang ade sok sek kata aku ni pemalas kan. Buat jugak yang mane sempat. 

Seronok bile tengok anak2 ni buat ape yang kite ajar dan die tak lupe bende tu. Kompem aku rindu diorang. Ni pon duk tersebut2 nama aak2 murid ni. Ade yang seorang ni nama die A'bid Huzaifah. Alahai..kicik punya anak ye. Agak slow sikit.. Tapi tak tahu kenapa aku selalu tersebut nama dia. 

Dalam masa aku mengajar, aku masih lagi teros mencari kerja dengan sungguhnya. Usaha kene ada. Barula kaw boleh tawakkal kan. Harap nak dapat tanpa usaha pastu redha je, mane nak dapatnye. Tak Hadonye. 

Ada ekspo kerjaya kat UKM, aku pergi jugak. Puas hati pergi sebab explanation memang mantap. Then, at least die buat betol2 interview. Selalu aku pergi, kate ade interview tapi HARAM takde. Dari UKM, straight ke Putrajaya. Interview kat sana kul 3. Tok Wan tolong hantar. Aku dah kate tolong tunjuk jalan je, tapi die nak hantar jugak. Sayang Tok Wan. huhu

Selepas satu interview, alhamdulillah aku dapat panggilan interview ke IQM kat seksyen 23 Shah Alam. Kali ni aku cuba sediakan diri dengan makllumat segala .Kire cam aku dah study la kan. 

Feedback dari interviewer was just the same macam Panasonic hari tu. Tersangat positif. Ni jujur kate ye. Aku takde niat lain. Memang positif tindak balas masing2 . Makanya, apabila aku dikecewakan oleh Panasonic, aku cuba jadi matang bilamana aku tak harap sangat pada hasil IQM nanti. Redha je.

30May ni aku interview kat Toshiba pulak. Need to prepare for the best. Apa pun, aku kene buat yang terbaik. Dapat atau tidak, itu belakang cerita. Yang penting kene usaha. Mana ade jalan, aku cuba je. 

Aku ingat aku ni tak layak dah nak dapat interview pape sebab awal2 dulu, Tok Wan dapat banyak.. Tapi bukan aku la kan. Duduk jela kat rumah apply mane patot. Motip nak kate kat sini, janganla berputus asa . 

TRY OUR BEST!!!

Takde gambo aku nak letak since memang tak hado amik ape2 gambo. Nak bace, bace. Tak nak bace, korang kene bace jugak. Kasi lempang sikit muka aku ni. haha. gurau... 

K, nity nite all... luv ya

May 8, 2012

tiada tajuk untuk entry ini

Kepala tidak mahu berfungsi seperti biasa, 
Kala akal memikirkan terlalu banyak perkara. 
Baru di duga sebegini, rasanya sudah kurang kekuatan yang ada. 
Ku sangka ku punya semangat yang tinggi untuk ku teruskan perjalanan ini
Tapi hampa..



Sejak beberapa hari ini, mood aku on off. Kepenatan mungkin.. 
Pantang orang keliling tersilap kata, mula naik marah
Sesungguhnya sedih hati ni kalau perasaan marah tu timbul
Tapi diri ku juga bukanlah kuat untuk menahan dari merasa marah

Lemahnya aku

May 7, 2012

Ibu, You are the number one for me ..always




i was a foolish little child
crazy things i used to do
and all the pain i put you through
mama now i'm here for you

for all the times i made you cry
the days i told you lies
now it's time for you to rise
for all the things you sacrificed

oh, if i could turn back time rewind
if i could make it undone
i swear that i would
i would make it up to you

mum i'm all grown up now
it's a brand new day
i'd like to put a smile on your face every day
mum i'm all grown up now
and it's not too late
i'd like to put a smile on your face every day

and now i finally understand
your famous line
about the day i'd face in time
'cause now i've got a child of mine

and even though i was so bad
i've learned so much from you
now i'm trying to do it too
love my kid the way you do

oh, if i could turn back time rewind
if i could make it undone
i swear that i would
i would make it up to you

oh, if i could turn back time rewind
if i could make it undone
i swear that i would
i would make it up to you

mum i'm all grown up now
it's a brand new day
i'd like to put a smile on your face every day
mum i'm all grown up now
and it's not too late
i'd like to put a smile on your face every day

you know you are the number one for me
you know you are the number one for me
you know you are the number one for me
oh, oh, number one for me

you know you are the number one for me
you know you are the number one for me
you know you are the number one for me
oh, oh, number one for me

there's no one in this world that can take your place
oh, i'm sorry for ever taking you for granted, ooh
i will use every chance i get
to make you smile, whenever i'm around you
now i will try to love you like you love me
only god knows how much you mean to me

oh, if i could turn back time rewind
if i could make it undone
i swear that i would
i would make it up to you

mum i'm all grown up now
it's a brand new day
i'd like to put a smile on your face every day
mum i'm all grown up now
and it's not too late
i'd like to put a smile on your face every day

mum i'm all grown up now
it's a brand new day
i'd like to put a smile on your face every day
mum i'm all grown up now
and it's not too late
i'd like to put a smile on your face every day

the number one for me
the number one for me
the number one for me
oh, oh, number one for me



if dengar lagu ni, rasa sebak ade, rasa rindu pada zaman kanak2 pon ada.. Bezanya aku belom ada anak lagi but 1 day, i will grant all your wish Ibu.. Kesedihan dan kegembiraan antara kita takkan pernah akak lupakan. Love you Ibu.

May 4, 2012

Nak jadi Tukang Kebun yang berjaya

Pagi tadi dengan seronoknya ibu bangunkan aku awal dari biasa, jangan tanya pukul berapa. haha. Dasar betol kan aku ni. Ibu cakap dia teringin sangat nak tanam pokok. Makanya, teros pergi belakang rumah.  Beria mencari peralatan nak guna kan. BERIA kaw tahu. 


Jumpa cangkul, sekop ( aku tak tahu nama betol die ape). dan penyapu. Aku ni jarang la buat cucuk tanam pakai cangkul kan. Sungguh2 aku gunakan cangkul untuk ambil tanah. Lepas dpt tanah yang secukupnya, kami pon masukkan dalam pasu dan slowly tanam pokok2. Sambil2 tu, baca selawat dan berdialog dengan pokok.


Aku : Ni aku dah tanam kau cantik-cantik dalam pasu, bagi minum, bagi cahaya, nanti kau tumbuh besar-besar ye. Bagi aku tengok hasil nya. Boleh kan? 

Ibu : Diam sambil bersihkan rumput-rumput

Aku : Bu, boleh kan kita cakap kat pokok macam tu?

Ibu : Entah..(sambil tu dia dah gelak dulu)


Dapat la 3 pokok yang kami tanam. Disebabkan mood rajen dah sampai, suka suki la pulak nak cabut semua rumput yang ada. Aku ni memang ori orang kampung, maen tanah perkara biase. padahal takut cacing sebenonye. 

Biarkan. Sedang ibu hayun cangkul tetibe kuar air melimpah2.. 

Ibu : Alamak, ibu terpecahkan batang paip kak!!!! Call ayah kak cepat!!!


Aku cepat2 cari phone dan call ayah. Aleh2 ayah ade kat depan rumah je pon. Hampeh. Buang kredit aku . huhu


Nasib baek ayah tak marah wooo... Petang ni ayah pasang kan batang paip yang baru.. hehe. Seronoknya hari ni. Sebab dapat tanam pokok. Eh, gedik pulak kaw kan . Ahad ni dah plan nak tanam pokok lain plak. Suke! Suke! 


Kiranya tak adela aku buang masa kat rumah sementara cari keje kan? AKU TOLONG IBU KEMAS RUMAH DAN TANAM POKOK KAT RUMAH KOWT.. Eh, nak CAPSLOCK ngapenye.. Haha. Just nak kasi tahu pada orang yang asik cakap " Eh, tak keje lagi?".. cakap macam aku ni bodoh sampai tak dapat kerja pulak. ITU NAMANYA REZEKI YE PEAH, SENAH!!!! emo kau.. haha... 


Aku tak nak tanam anggur, tapi nak jadi tukang kebun yang berjaya.. 
Semoga pokok - pokok yang aku tanam ni boleh doakan keselamatan aku diakhirat kelak. Amin.