Aug 7, 2012

Fasa hidup yang baharu


Siapa sangka, masa berlalu dengan cepatnya sampai tiba2 aku terfikir "eh, aku balik dari keje ke?".. Maafla..kalau ikutkan memang ramai yang dah bekerja dan sudah pon tempuh macam2 cerita waktu bekerja. Aku ni masih merangkak2 dengan fasa baru ni. 


Selepas belajar hampir 5 tahun, aku berjaya akhirnya bekerja dan memanfaatkan apa yang aku belajar dulu
Tapi sesungguhnya manusia ni sangat tamak. Kadang2 aku digangu dengan rasa tamak yang memanggil2 untuk mencari pekerjaan yang lebih hebat dan lebih baik daripada yang sekarang. Malu bila perasaan macam tu timbul dalam diri aku.

Semalam terbaca buku Prof Dr Muhaya .. diingatkan oleh dia melalui buku tentang sebab2 kelahiran kita didunia. Otomatik teros hilang sifat tamak aku dan rasa malu ni datang mencurah2 sebab aku lalai dengan sebab mengapa aku dilahirkan didunia ni. Ya Allah, semoga aku sentiasa berada dibawah lindunganMu ya Allah. 

Anyway, fasa baharu ni buat aku rasa macam dah berumur la. Boleh tak macam tu? risaw pulak. Biarla berumur tapi hati masih muda menjambu. ekeke.. Bahasa buruk betol. 

Nampak tak aku boleh ubah mood aku? hehe.. Sekarang ni aku cuba untuk jadi hamba Allah yang sentiasa mengingatiNya dan juga tidak lari dari landasan yang benar. Semoga Allah tunjukkan jalan yang benar untuk aku. 

Ape pun, selamat menempuh alam pekerjaan ya Noor Iliana.. Solat jangan lupa , Hormat kawan2 kat ofis dan sentiasa bersyukur dengan apa yang Allah berikan. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui segala ketentuan. 

Senyuummmmmmm....(^_^)

2 comments: