Tak semua yang kita impikan akan menjadi kenyataan. Tapi tak salah juga untuk kita berusaha demi mencapai sesuatu yang kita impikan. Islam mengajar untuk kita usaha dan tawakal. Banyak lagi yang Islam ajar, ajar untuk kita bersabar dan sentiasa bersyukur. Rasanya cukup dengan empat term ni pun, InsyaAllah perjalanan hidup akan sentiasa harmoni.
Kalau dahulu bahagia yang dikecapi penuh dengan rasa yang mampu membuatkan kita ternanti-nanti Hari Mulia Hari Raya, dan hari ini pula berlawanan dengan yang sebelumnya.. Ucaplah syukur kepadaNya kerana sekurang-kurangnya kita diberi nikmat hidup dan sihat yang hanya Dia yang mampu beri.
Yakinlah dengan Allah. Dialah yang Maha Berkuasa. Benar. Setiap dugaan yang diberi hendaklah dipandang sebagai peluang bagi kita sendiri untuk lebih dekat kepadaNya. Dengan cara berdoa dan sentiasa mengingatiNya.
Setiap yang berlaku pasti ada hikmahNya. Aku bersyukur kepadaMu ya Allah.
selamat hari raya yunk weeee...duet raya mana ehhehe
ReplyDeletehehe..selamat hari raya jugak..wee...xdop duit raye..hahaha
ReplyDelete