Feb 21, 2011

Senyuman dibalik sebuah Tangisan..

Dalam ketika ana bergelak tawa bersama rakan2, berbual bersama ibu(teman plg rapat), hanya Allah yang Maha Mengetahui kekuatan ana ketika itu. Hakikatnya ana hanyalah seorang wanita yg mudah tersentuh hati. Boleh dikatakan ana terlalu mudah merasa tersentuh. Walhal ketika ana sedang mencoret di dalam blog ini, ana sedang menangis. Ana terbaca nasihat dr seorng penulis blog yang ana sendiri tidak mengenali. Nasihatnya agar tidak menulis blog ketika sedang dalam keadaan seperti ini dimana minda dan diri kita berada pada tahap yg belum boleh berfikir dgn sebaiknya. Tapi ana serasa lega kiranya ana mampu untuk menulis didalam blog. Sepertinya ana merasa seperti ana meluahkan segala isi hati kepada"teman" yang ana anggap sedang mendegar bicara ana. 

Ibnu Qayyim, seorang ulama terkenal pernah menyenaraikan 10 jenis tangisan manusia:
  1. Tangisan kerana kasih sayang dan kelembutan hati.
  2. Tangisan kerana rasa takut.
  3. Tangisan kerana cinta.
  4. Tangisan kerana gembira.
  5. Tangisan kerana menghadapi penderitaan.
  6. Tangisan kerana terlalu sedih.
  7. Tangisan kerana terasa hina dan lemah.
  8. Tangisan untuk mendapat belas kasihan orang.
  9. Tangisan kerana terikut-ikut atau terpengaruh dengan tangisan orang lain.
  10. Tangisan orang munafik yang penuh kepura-puraan.
Ana xpasti golongan mana yang patut ana determine as tangisan ana. Serasa ana banyak berdosa. Diketika ana asyik memilirkan dosa yang ana lakukan, dan sehingga kini ana xpasti hala tuju ana. Sebagai manusia kita xpernah terlepas drpd melakukan kesalahan. Terlalu banyak dugaan yang ana terima dlm beberapa detik ini. 
Ana sentiasa berpegang pada potongan ayat yang menyebut Tidaklah Allah itu memberi dugaan lebih drpd apa yang hambanya mampu hadapi. Bermakna ana masih mampu untuk hadapi setiap dugaan yang ana terima. Menangis itu adalah fitrah manusia yang ana xdapat nk elak. Sungguh ana rasa terlalu kerap diri ini menangis dan terlalu kerap jua hati ini berpura untuk gembira dihadapan org lain. Ana takut diketika ana menangis, ana akan mempersoalkan ketentuan Allah walhal Allah telah menyusun setiap sesuatu mengikut yang terbaik. Ana masih dlm waktu untuk mempelajari ketaqwaan kepada Allah. Banyak lagi yg perlu ana perbaiki. Ana hanyalah seorng manusia yg begitu lemah dan tidak berdaya dr memikirkan setiap dugaan dan cabaran yg telah dan akan hadapi. 

UMAR MENANGIS

Abdullah bin Syaddad berkata: Aku mendengar esakan dari tangisan Umar r.a (sedang menjadi imam) ketika aku berada di belakang sof. Beliau menangis ketika membaca ayat:
((إنما أشكو بثي وحزني إلى الله)) (يوسف: 86)
Maksudnya: Aku hanya mengadu kesusahanku dan kesedihanku kepada Allah.
(HR Bukhari)

Ana ambil iktibar daripada ayat ini yang mana mungkin ana kurang berdoa pada Allah. Bila ana menangis, ana akan mengadu padaNya. Ayat diatas begitu tepat dgn apa yang ana lakukan sekarang. Kerana ana tahu sehebat manusia menyelesaikan tiap masalah, hebat lagi Allah membantu menyelesaikan masalah hambaNya.

Semoga ana kuat menghadapi tiap dugaan yang diberikan kepada ana. Ameen InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment