Mar 30, 2012

Untukmu Wanita

Alhamdulillah. Berjaya juga aku memiliki buku Untukmu Wanita tulisan Zaharuddin Abd Rahman. Asalnya aku tak tahu pun pasal buku ni. Terdetik hati untuk buka buku ni masa aku jumpa buku ni kat rak buku T.A. Tengku Amni la. haha. T.A ni ada banyak buku, jadi antara banyak-banyak buku, buku ni menarik perhatian aku.

Aku baca sikit je. Dalam dua muka surat macam tu, tapi teros hati ni kata "aku nak buku ni". Aku bersungguh cari buku ni. Tapi biasala, bila kita nak sesuatu benda tu, kene usaha lebih sikit. Nak dijadikan cerita, aku buang masa dan minyak kereta pergi ke Wangsa Walk, cari dekat satu jam siap tanya counter tapi takde. Dia bagitau kat KL City ada. Eh, betol ke ye nama dia KL City yang kat danau kota? maafla, lama tak ke sana.

Sesampai sana, dia kata ada.. aku pun carikla tapi since kedai ni lagi kicik dari yang tadi, shud be aku dah jumpa tapi tidak ketemuan juga. Masa tu dah dekat pukul 7, kene balik. 

Baru-baru ni, aku ada join walk in interview Panasonic kat Sunway Resort Hotel & Spa. Alang-alang dah jumpa Tok Wan, gatal la mulut ni kata nak carik buku kat Sunway Piramid lak. Moh le cari. Mula-mula macam tak jumpa sebab buku banyak sangat dan tak nampak pun cover buku Untukmu Wanita ni. At last...


aku dapat jugak miliki buku ni. Ada jugak aku belikan buku untuk Tok Wan tajuk dia Bumi Cinta tak silap. (Pakai voucher je pun, berlagak kata belikan orang )..hahaha

Aku dah baca sampai chapter 10. Nanti ada masa, aku letak dalam ni. Kongsi sama-sama. Buku ni sangat bagus. Serius .. (sambil angkat kening). 





Mar 28, 2012

[KPOP]BTOB - INSANE

Dah tak tahu nak letak introduction apa dah. Dulu sibuk suka bebeno ngan CN Blue. Sekarang jatuh hati dengan kumpulan ni. Hasil spy aku ke blog milik adik kawan aku, aku sangat-sangat jatuh hati dengan lagu ni. Klu yang membuatkan aku sesangat gile dengan lagu ni is muzik starting die..

Terhengen berangan nak Tok Wan pandai main piano. Tapi.. tidak mengapa lah. haha.
Marila mendengar bersama ye. Mula2 ada unsur romantik disitu. i loike. eheh

 

Mar 20, 2012

Pandangan mata cik abang hanya untuk adik manis seorang

Sebelum aku mula menaip entry ni, marilah kita bergelak sakan sebab tajuk memang tak voleh velah. Gelak la..haha. Siapa tahu akhirnya jodoh kawan aku Puan Nadia akhirnya dengan kawan aku juga Encik Irman. Alhamdulillah.



Majlis kedua belah berjalan lancar. Ni sebenarnya pengalaman buat aku sendiri jugak, bukan pengalaman kahwin tapi pengalaman jadi pengapit. Masa majlis di rumah perempuan, memang gelabah itik lagi siap ngengade tutup muka pengantin. over okei. 


Tak nak cerita pasal pengapit, back tu pengantin, both of them ni look cute kan? Kembang sebesen mereka baca. Gambar diatas adalah gambar selepas selesai majlis di rumah lelaki . Outdoor photoshoot di Bukit Jugra. 


Sesungguhnya aku la orang Banting yang paling sesuai dipanggil katak bawah tempurung sebab aku tak pernah tahu pun jalan nak ke Bukit Jugra. To be honest, memang tempat ni sangat cahantek. Dari atas aku boleh nampak jalan dari sungai ke laut. For sure, aku nampak kapal yang sangat banyak. Tetibe teringat macam ada dalam Zaman Kesultanan Melaka. over ye yana.






Amacam? cantik kan view dia. Okei, meh sini tengok keromatikan kedua mempelai ni yar, buat aku rasa cemburu je. Tapi lilek la yana, banyak masa lagi (try tenangkan diri sendiri). Tok Wan mesti gelak baca entry ni, tak pun dia resah sebab aku tak penyabar. hehe





 
Nampak tak? mata si abang tak lepas kan. Aku harap kedua kawan aku bahagia dunia dan akhirat. Sat lagi jadi mak buyong la si Nadia nih. hehe. gurau-gurau. Kompem anak-anak depa putih melepak nanti. Tahniah Nadia dan juga Irman. 


Aku ni belum kahwin lagi jadi takdelah nasihat bagai ye. Cuma yang aku tahu dalam perhubungan paling penting tolak ansur dan saling hormat menghormati. Aku rasa benda ni perkara paling penting. Aku pernah dengar ustaz cakap, antara cara-cara nak eratkan hubungan suami isteri adalah dengan solat berjemaah. InsyaAllah, bahagia dengan redhaNya.

Mar 18, 2012

Tak payah la karaoke ye kat majlis kawen!

Okei, atas kebengangan yang melanda tengah malam tadi, maka keluarlah entry ini. Nak dipendekkan cerita aku tersangat la marah. Siyes semalam penat. Tak kisahla kan semua orang pun penat

Semalam aku ada dua tempat kena rewang. Memang lenguh segala la kan. Kebetulan kaki dan tangan aku baru-baru ni terseliuh. Jadi memang tahan sakit je bila buat kerja.

Rewang kat rumah nenek settle lepas asar, so balik rumah solat asar jap then teros rewang rumah jiran. Jiran ni antara yang baik dengan aku. Yang selalu manjakan aku.. yang selalu leh cerita banyak dengan aku. Takkan aku tak pergi kan. Ahad aku dah tak voleh rewang sebab jadi penyepit kawan aku(wedding).

Sampai ke malam aku rewang, karaoke non stop. Aku tak faham kenapa sekarang benda ni macam dah jadi satu keperluan masa wedding. Kalau setakat pasang lagu lama-lama yang slow , takpe..aku boleh tahan lagi. Bila dia start pakcik makcik menyanyi, aku dah tak tahu nak cakap ape. Ada beberapa perkara yang aku fikir.

1. Bila diorang naik syeh, dipasang lagu rancak tahap orang muda dengar tapi aku rase tak sehsuwai langs0ng dengan majlis 

2. Nenek aku ajar, kalau buat bende sekecik2 perkara, contoh kupas bawang, kupik kentang ke, kire bulu ayam ke..eh.. bace selawat. dapat pahala. Tapi bila macam ni?????

3. Lagi tak faham bila masing-masing nak berkaraoke tengah2 malam. Tak reti hormat jiran langsung!!!!!! ni after bila aku intip, dah takde orang.. tuan rumah dh masuk rumah..Tapi orang len duk sebuk nak nyanyi tunjuk ko macam m nasir or siti noraliza ni kenapa???? kot ye pun nak hilangkan tension ke, tak payah susahkan telinga orang nak dengar lebih-lebih lagi TENGAH MALAM!!!!!! Ko nak nyanyi silakan di bilik kosong yang orang lain tak boleh dengar.

ok, nampak tak tahap kemarahan aku. Geram ye. Ni word KARAOKE yang wat aku geram sangat. Takat dengar lagu, aku tahu aku kene hormat hak orang tapi tolongla, aku nk solat Zuhur ni pun tak khusyuk.

Memang malam tadi aku balik awal dlm kul 10.30 sebab penat giler dan nak rehat. Tapi at last aku tidur kul 1 jugak. Itu pun rite after karaoke habis memang terus lelap. Adoiiiiiiiiiiiiiiiii

Pagi ni jam 9 pagi masih senyap. Lega la otak aku ni. Tapi sat g kompem start balik. 

Adoi, kuatkanla hati aku nih. Penat telinga ni.Kirenya dalam cerita ni, kalau suara sedap takpe. Ni tak sedap. Lari pitching segala. Lagi satu, ko tak reti malam buta ke? Jangan bagi alasan, ala orang dah takde, tengah tidur semua, tak pe je. Banyak cantik!!!!. Susah nak tido dengar sore ko cik senanh oii. Tak tahu la nak cakap, tapi senang kata, kalau cik senah g kenduri kawen, tak payahla karaoke bagai ni. hish.

Mar 15, 2012

Simple Yet Elegent di Dara.com??

Hye semua..
Dah bersawang blog ni ye
Diri tengah serabut plus runsing plus takut plus sedih dan plus minus segala la senang kata
Baru beberapa minggu jadi penganggur, memang tak keruan dibuatnya

Ni bukan apa, eksaited bile jumpa artikel dalam majalah Dara.com kali ni. Ketengahkan konsep Simple Yet Elegent. Alolo, cumeynyer ya. Ni kalau Cik Ery tengok mesti ada rasa bunga-bunga cinta jatuh berguguran giteww.




Layan jela gambo ni. Aku tak ada modal nak tulis entry, tapi sangat eksaited tak bertempat dengan bende ni. Suke hati la kan. Ni pon beli Dara.com sebab suka tengok orang pakai cahantek sahantek even sendiri takdenye berani nak buat.puii puii.. 

Majalah edisi kali ni sangat best. Baik beli sekarang ye..eheh, promote pulak. bubye.

Mar 7, 2012

Jobless part 2 - kali ni untuk peringatan sesama kita

Melalui masa-masa yang sangat berharga bila duduk dirumah, perkara dibawah adalah teman setia ku yang selalu dengar sok sek dari mulut haku. Belum gila ye, ulangan... belum gila.






Memetik kata nasihat dari seorang sahabatku,


Jangan pernah katakan aku boleh/kau boleh!
Sebaliknya masa saat Abu Bakar menemani nabi berhijrah, hanya berdua, meninggalkan anak isteri, keluarga harta dan  segalanya atas sesuatu yang kabur dan tidak pasti. Ketika di gua Thur akibat diburu kafir, dimana gua yang sangat kecil , dari luar pula masih boleh dilihat, saat kelelahan, yang membuat mereka tetap tabah dan kuat ialah KEYAKINAN KEPADA ALLAH dan kata-kata Abu Bakar yang famous " La Tahzan, innallaha ma'ana".

Seorang sahabat menasihati aku tatkala aku rasa kesabaran yang ada pada diri terlalu menipis. Jadi, dengan berbekalkan kata-kata nasihat diatas, aku malu. Aku lupa bahawa kita sebagai hamba perlu meletakkan sepenuh keyakinan kepada Allah disamping usaha yang kita lakukan.


Memetik kata-kata seorang senior ku,


"hidup ni, kite tak boleh kejar sesuatu sgt...dulu masa abang start keje.. kan kene bejauhan dr family kan..
jadi tiap kali keje je, abang selalu counting bila nak balik kampung..then bila dah abis balik kampung, nak kembali keje, abang counting lg days yg next punye balik kg..tapi bile fikir, keje ni takkan habis pun, sampai masa baliklah kan.. so, lepas tu dah tak counting dah.. just enjoy da working life here.."

".. tp jgn laa risau or harap sgt kat sesuatu keje tu.. just go on with ur life day by day.. "


Aku berkesan dengan kata-kata dari keduanya. Mane tahu sesiapa yang baca entry ni terasa macam aku kan. Motivate diri sendiri juga. 

 

Mar 6, 2012

Perempuan memang kuat cemburu

Dikala lewat petang dan senja mula menjengah, daku bersedih dengan perasaan yang tak kuduga akan hadir. Rasa sudah lama perasaan itu tidak menjengah didalam diri ini. kebabooom. Sengal ke hape.

Maaf la ye. Entry mengarut. 

Kawan jahat : ko tengok tu, perempuan tu tengok dia.
Kawan baik : ada je orang lain yang tengok dia
Kawan jahat : tapi cuba ko tengok betul-betul mata perempuan tu. Dia tengok buah hati ko tu
Kawan baik : Biar jela. Kenapa nak cemburu
Kawan jahat : Eh, mestila cemburu. Dia kan ko PUNYA!!
Kawan baik : Bukan, dia bukan kau yang punya. Dia hanya manusia yang dimiliki Allah, dia bukan suamimu. Sudah tentu dia bukan milikmu.
Kawan jahat : Kau cintakan dia kan?
Kawan baik : Fikirkan bahawa kau lebih cintakan Penciptamu, Allah.

Antara kawan baik dan juga kawan jahat, yang mana anda pilih. Ofkos kawan baik kan? Sila get lost bagi mereka yang kata mahu memilih kawan jahat. ehek. OVER hokeh. Pilih kawan jahat mungkin boleh tapi bukan untuk diiukti, tapi untuk dinasihati si kawan jahat supaya kita sama-sama berkawan dengan yang baik. Betul ke? Correct me if i'm wrong. 

Sebagai manusia yang lemah, paling tepat sangat lemah.. Kita selalu hampir lupa siapa yang sepatutnya kita perlu ingati. Aku mula sedar kala aku sedih, gembira, susah, senang, menangis, ketawa dan macam2 hal lagi, hanya Dia yang ada. Hanya Allah yang ada. Dia ada dimana sahaja. 

Back to the story, aku cemburu bila melihat foto "dia" dan juga rakannya. Mengenangkan cerita kawan sekolahnya yang memberitahu ada seseorang yang admire die because of his voice masa dia jadi imam, aku sentap. Sentap la kan. Sape tak sentap.. Rasa terancam. Even aku tak tahu siapa yang admire dia kan. Over lagik. 

Jadi bila nampak girl ni pandang dia semacam( gambar candid), aku CEMBURU peah!!! Tapi situasi diatas menyedarkan aku bahawa "KAU TAK PERLU CEMBURU YANA!!!!"yeke? cemburu sikit jugak leh tak? degil!!!heh

Jadi, dengan serba salahnya bila rasa cemburu tu datang, menangis pulak anak dara ni. Ya Allah, gedik betul nangis sebab itu ja.Menangis kaw sebab rasa tak patut ada perasaan tu. Jadinya, istighfar dan terus terang minta maaf pada dia sebab tadi terover marah sendiri, menjeling sendiri tengok gambar and minta maaf sebab tetiba nak marah dia kan. Over!!

Sekian, malu tapi mahu jugak tulis entry ni konon ada orang dengar luahan pok pek haku.

Mar 5, 2012

jobless

Ni malu sungguh entry kali ni. Since officially 24hb aku dah settlekan final project which is hantar the final report. So bergerak balik la ke rumah. Tunggu jela konvo bulan seploh ni insyaAllah. Tapi tula, mind duk kata, senang dan seronok duduk rumah, tak payah belajar. Yela tu nyah. Ko duduk rumah tak watpe, baru tahu kebosanan tahap tapir.


Dari sebelum aku settle final project lagi aku dah mula bergerak pantas carik keje, tapi sampai sekarang rezeki aku tak ada lagi. Redha. Ada hikmahnya mungkin kan? So, jadila maid tidak bergaji kat rumah ye. Tapi cukup pantang bila adik aku dengan sesuka hati,"kak, masakkan adik ni, masakkan adik tu.." meh sini bayar. Banyak chantek!!!

Tapi tak buat kang, ibu menjeling je. huhu.. Buat2..tapi aku yang habeskan. haha. hamek ko. Ce suruh leklok. puji aku comel ke, makin cantik ke, kompem aku masak bebanyak sangat untuk ko..puii, macam masak sedap je. hahahampeh.

Actually risaw tu hanya Allah yang tahu. Tapi aku kene kuatkan hati n tebalkan kesabaran aku untuk tunggu panggilan mana2 company. Aku nak sangat job dalam kilang. Since subject final semester hari tuh, aku rasa sangat2 teruja nak tengok betul2 dalam kilang macam mana. Tapi belum ada rezeki. 

nasib baik aku bukan kucing, kalau tak aku rase aku pun ade posing mcm diorang nih. gambar credit kat google ye..haha





i"m dying..argh, kbai

Mar 4, 2012

Berduyun-duyun kereta rombongan pengantin datang..

Satu..dua....empat..tiga..eh, banyak jugak kereta yang hantar pengantin ni... Seronoknya. Semua ahli keluarga ikut dan dalam setiap kereta penuh pulak ye. Memang meriah. Lagi meriah kalau dengar kompang bunyi dengan kuatnya masa jemput pengantin. Wah ..gitu.

Teringat (maknanya dah lama ye, tahun lepas)haha.. masa rombongan family aku hantar pakcik aku yang baru kahwin hari tu. Kelakar.. Sebab? sebab hantar ke kampung sebelah je.hikhik.. Dah itu jodoh die kan. Yang ko sibuk nak marah kenapa peah? haha. Sangat seronok ye bila kumpul reramai. 

Takde kompang ye tapi disambut dengan selawat. Memang syahdu je rasanya. Bukan setakat selawat pakai music je, tapi ni dengan kitorang sekali berselawat. Memang pakcik ku itu tersenyum lebar je. 

Ada kisah disebalik perkahwinan pakcik aku. Tapi lets talk about happy event only yarr. No sad sad. hehe. Pakcik aku yang memang dah hensem dan comel ini bertambah comel lagi dengan baju melayu yang lengkap. Gojes gitu.eh. 

Masa kitorang hantar dia belum nikah lagi. So reramai saksikan akad nikah dia ni. Memang asik dikenakan je dengan kitorang. Teringat pagi tu aku gelabah pergi pekan sebab nak carikan album untuk isi duit hantaran. Kedai tak bukak lagi ye. Harap maklum. Dengan tak malunya aku panggil uncle suh bukak kedai. Pakcik aku lupa and dia pun tak reti sangat pasal benda ni. Aku siap beli bunga fresh lagi ye untuk nampak romantik. wauu..haha. 

Jom layan gambar.