Apr 26, 2012

Untuk Dia..

Untuk Dia atau Untuk Aku?? 
Jom layan lagu ni sekejap ye..
Release otak yang hang dengan lagu ni.. 
Ayuh!!!





Apr 23, 2012

Bunga - Bunga Syurga

Semalam sesaje berjalan ke rumah nenek, bukan jauh pon.. Depan rumah je pon.. Boleh dikata setiap petang yang aku rajen, aku akan jalan ke rumah nenek.. Saje2 bercerita itu ini supaya rumah nenek lagi meriah since takde cucu2 nenek yang balik kampung kan.


Pernah aku bertanya ibu apa maksudnya bunga-bunga syurga? Ini selepas aku tengok cerita di tv3. Ibu jawab anak - anak yatim. Owh, itu maksudnya, aku baru tahu. Betol atau tidak itu bukan persoalannya. Tetapi aku rasa macam boleh saje sebab anak-anak yatim ni yang kita kena bela nasib mereka. Kalau kita mampu, why not kan?? 


Okey, Sambung cerita di perenggan pertama, hikhik, macam karangan.. Aku nak tunjuk pada semua orang bunga-bunga Atok. Hehe. Semenjak nenek kurang sihat, satu family aku rasa sunyi sangat. sunyi sebab? Tiada lagi bebelan marah atau nasihat dari nenek, Tiada lagi lambaian menanti kalau kami masing2 nak kemana2, Tiada lagi riuh cerita  dari nenek waktu petang, Tiada lagi panggilan nenek untuk kami minum petang bersama2.. We miss u so much nenek.. Get well soon ye nenek.


Semenjak nenek kurang sihat, Atuk mulakan semula hobi nenek. Nenek suka tanam pokok bunga orkid. Dulu nenek selalu siram pokok pagi petang, sekarang atuk ambil alih .. Atuk tanam lebih banyak dari yang ada dulu. Meh tengok. Semoga kalian dapat rasakan betapa indahnya bunga-bunga "syurga" Atok.. Kerana bunga-bunga ini yang mewarnai rumah Atok & Nenek dengan warna-warna bahagia..cewaaah...







Nama dia Nyet..hehe...comelkan kaler die..eh

Apr 17, 2012

Give up already??

I am kinda lost hope on searching for a jobs.. To be honest, now it has been two months passes by and still i dont have any job.. why am i so depress?? because i cannot bear with my life now. I am still using my parent's money. It was very ashamed on me by asking them money for anything especially for top-up.. I am so useless. 

Tomorrow there will be career fair in my beloved university..since i am now doing part time job as babysitter where it was just for two weeks, its kinda hard to tell my auntie so that i can go to the career fair.. but still i felt down because if i still cannot get a job from this, i had burden other people as my auntie have to take cuti for this.

But a part of me says that i still have to try and dont  get easily give up on this.. He knows best for all thing that had been planned by Him. And me just need to "Usaha, Doa & Tawakkal".. 

Need to cheer myself right now.. please...smileeeeeee....oooh, tired already!!!

Apr 1, 2012

Lauk 1 April 2012

Suppose hari ni aku masak ketam kari but since ketam kat pekan habis, tinggal cucu cicit ketam je ha..lagi kecik dari tapak tangan aku. Motif tangan aku besaw kan. So, berdiri sambil berfikir kat tengah pasar basah fikir nak masak apa. 

Ternampak ikan parang.ha!! ada sesiapa yang kenal ikan parang tak? Aku tanya sebab most of people pelik bila aku sebut ikan parang. Aku tak tahu la pulak tempat depa panggil apa kan. Dalam kepala, tidak lain dan tidak bukan, menu hari ini bakal menjadi Ikan Parang Asam Pedas. Aku kureng sikit ikan pari. Hehe. 

Kali ini barang semua lengkap, bunga kantan, daun kesum, cili kering, daun limau purut (ajaran seorang mak kepada kawan), tomato, bendi dan bahan-bahan yang sewaktu dengannya ya. Mintak mahap la sangat. Aku serius lupa hamek gambar. 

Takda feeling tadi. Cuma masak je sebab dah lama tak masak lauk ni. Ibu pulak sedap je tinggal aku ni kat dapur sensorang..Perasan bila ayah aku kali ini tidak mengcondamnkan masakan aku tapi ayah makan paling banyak. Sangat suka hokey. Thank you ayah. Tadi ada tambah belimbing kecik warna kuning, aku tak ingat nama dia apa.

Next time, aku masak then aku hamek gambar ye. Takda la aku ni dilabelkan pehenipuhu kan. By the way, lauk dah habis ye.

Alhamdulillah. Makcik aku mintak jugak tadi, alhamdulillah dia makan sampai licin tak tinggal pon daun segala.

Teringat kawan aku kata 
Z: ell dah pandai masak. Asam pedas sedap.
Aku : Takdela sedap, tapi boleh dimakan la.

Pastu if dia nak kata aku pandai masak, dia punya modal is cakap aku pandai masak asam pedas je la. Hampeh punya kawan.

Bersabarlah ye Tok Wan, andai benar jodoh antara kita ada, awak akan dapat rasa juga air tangan gemok yana ni ye. puii puii ..bajet sedap kau masak macam Chef Wan kan..