Mar 20, 2012

Pandangan mata cik abang hanya untuk adik manis seorang

Sebelum aku mula menaip entry ni, marilah kita bergelak sakan sebab tajuk memang tak voleh velah. Gelak la..haha. Siapa tahu akhirnya jodoh kawan aku Puan Nadia akhirnya dengan kawan aku juga Encik Irman. Alhamdulillah.



Majlis kedua belah berjalan lancar. Ni sebenarnya pengalaman buat aku sendiri jugak, bukan pengalaman kahwin tapi pengalaman jadi pengapit. Masa majlis di rumah perempuan, memang gelabah itik lagi siap ngengade tutup muka pengantin. over okei. 


Tak nak cerita pasal pengapit, back tu pengantin, both of them ni look cute kan? Kembang sebesen mereka baca. Gambar diatas adalah gambar selepas selesai majlis di rumah lelaki . Outdoor photoshoot di Bukit Jugra. 


Sesungguhnya aku la orang Banting yang paling sesuai dipanggil katak bawah tempurung sebab aku tak pernah tahu pun jalan nak ke Bukit Jugra. To be honest, memang tempat ni sangat cahantek. Dari atas aku boleh nampak jalan dari sungai ke laut. For sure, aku nampak kapal yang sangat banyak. Tetibe teringat macam ada dalam Zaman Kesultanan Melaka. over ye yana.






Amacam? cantik kan view dia. Okei, meh sini tengok keromatikan kedua mempelai ni yar, buat aku rasa cemburu je. Tapi lilek la yana, banyak masa lagi (try tenangkan diri sendiri). Tok Wan mesti gelak baca entry ni, tak pun dia resah sebab aku tak penyabar. hehe





 
Nampak tak? mata si abang tak lepas kan. Aku harap kedua kawan aku bahagia dunia dan akhirat. Sat lagi jadi mak buyong la si Nadia nih. hehe. gurau-gurau. Kompem anak-anak depa putih melepak nanti. Tahniah Nadia dan juga Irman. 


Aku ni belum kahwin lagi jadi takdelah nasihat bagai ye. Cuma yang aku tahu dalam perhubungan paling penting tolak ansur dan saling hormat menghormati. Aku rasa benda ni perkara paling penting. Aku pernah dengar ustaz cakap, antara cara-cara nak eratkan hubungan suami isteri adalah dengan solat berjemaah. InsyaAllah, bahagia dengan redhaNya.

8 comments:

  1. hooo..baru tahu! tahniah utk kak nadia! =)
    nt time turn kak yana, jgn lupe hantr kad jemputan dekt rumah ustazah pawit ye! hehe

    ReplyDelete
  2. Nana, bukit juagra ni kat mana? cantik, nampak sungai besar!! :D

    ReplyDelete
  3. Awatif :bukit jugra la atip..kt banting je atip..next time nana bawak atip keyh..hehehe...

    Fidah : turn akak belum tahu lagi..doakanla ye...

    ReplyDelete
  4. orait! hee..nana, atip teringin nak bbq dekat hut chalet yg kita tido dulu..huhu..

    ReplyDelete
  5. nana lak nk bbq kt tanah aina...huhu...dh dua kali lalu sana, geram lak..nk masuk je rase...

    ReplyDelete
  6. mmg nmpat sgt keSWEETannyer..hadoii MAK NAK KAWEN JUGAK!!!!! hahahhahaha...hahha neik blu roma hakuh nulis ni har..hahhahaha

    ReplyDelete
  7. hahaha..meremang ke jai..hihihihi

    ReplyDelete
  8. Tanah Aina! Yup2..sana lagi best! heee..kalau nak kat sana kena save duit lah..huhu..

    ReplyDelete