Jan 22, 2012

Tak Siuman

Aku pening dah. Apa je yang aku tulis macam ulang balik je ayat dia. Kering idea nak goreng apa dah. Ingt word goreng, teringat pisang goreng Taman Melawati pulak. Haih. Padahal niat dah takde lunch kan. Tetibe nak jugak pisang goreng tuh. Takde idea nak tulis report, mula la aku bebel kat blog ni. Ada orang kesah. Takde kan.

Bukak tenet mest aku nak bukak blog orang-orang yang hebat blogging kan. Baca blog tengok orang berjalan sana sini dengan family wat aku sedey n0x. Napenyer? Family aku ni susah sikit nak plan untuk g jenjalan ye. Harap maklum. huhu. 

Aku bajet nak siapkan report ni hari ni gak. Penat tengok ayat bebanyak macam nih. Pitam weh. Korang pernah rase tak? Mesti pernah kan? Struggle weh..struggle.. gelabah dah ni. Dah.Takmo merepek sebab kapla ni takleh nak rilex.

Jan 21, 2012

Bawaku Pergi - Zizan & Kaka

Setelah sekian lama aku tak menghapdet blog ni, macamla ada yang singgah tengok blog ni kan. Sibuk dengan final pojek tak habis lagi. Ni aku terdengar lagu ni dalam kereta semalam. Satu perkara yang paling penting adalah aku teringat kenangan aku masa mula-mula aku jatuh hati pada Tok Wan. Aku tak pasti sebenarnya bila aku mula berkenan kat Tok Wan ni. Tapi yang paling aku ingat sampai sekarang is kenangan pergi negeri Cik  Siti Wan Kembang. Betul ke? Lemah sikit bab sejarah ni.

Ada part dalam lagu ni yang buat aku tersenyum. Yang paling r0mantik tahap nak golek-golek dekat bukit is bila aku tanya Tok Wan soklan ni.

Aku : Awak tahu tak ape yang yana fikir bila dengar lagu ni?

Tok Wan : Fikir ape?

Aku : Yana teringat masa kita balik dari Kelantan

hokei..malu.. die senyum

Aku : Nape senyum macam tu? Awak fikir benda yang sama ke?

Tok Wan senyum lagi. Okei. Rasa romantik tak? baik korang iyekan je sebelum aku rasa nak delete post ni. Malu besar weh. Okei. Tak nak banyak cite . Even aku dah banyak cite. Okey. Korang dengar lagu ni ye.  



Dah dengar ? Seronok kan? Angguk cepat!!!!!!

K bai.

Sayang semua. (^_^)

Jan 12, 2012

Chaos

Alhamdulillah, sharp at 5.30 pm , 10 January 2012 aku berjaya menghabiskan paper final ekjem for final sem and also final year. It was very hard to say how i feel on that moment. My tear was just about to come and looking to my friend's face, i can't stand and try to smile like usual. I have tried so hard for all paper and hope the result will be benefit me later, i mean pointer la en. 

Done with final paper, i have to struggle for my final year project. To be honest, i just left FYP matter because i want to focus on my study. But then, it was my bad as i now facing a problem where i need to finish all the thing in a short period. I have done little but it seems that i have to work on more. I need to design material which i was very and the very weak in using the software.. However, i felt there is "hikmah" why all of this happen to me. 

From the day after my final paper, i have started to do the project but it feels more "chaos" than enthusiasm to finish this work. Apa bahasa yang aku gune pun aku tak tahu. Lantakla sane. 

Still i want to write in this blog. Because?? i  do not know what to do.. 



Hope i have the strength to face this matter and happily finish my study in this lovely university. 

Untuk akhirnya,

Sayang semua


Jan 1, 2012

1/1/2012

Pada suatu pagi, si gadis berhias semanis yang mungkin untuk kelihatan lain dari hari biasa dimana dia hanya memakai t-shirt sahaja. Dengan niat yang baru dan azam yang kuat untuk menempuh hari mendatang dengan hebatnya, semanis yang boleh senyuman diberi kepada sahabat sekeliling.

Tahun baru pasti perlu ada azam yang baharu. Tapi si gadis keliru dengan arah tuju yang patut dikejar. Si gadis tidak mahu untuk hanya pasrah dan mengikut segala percaturan, malahan si gadis cuba untuk menguatkan kudrat yang ada demi melihat kebahagiaan orang yang tersayang. 

Tidak sukar bagi si gadis untuk mengukir senyuman dikala hati sedang berduka. Seperti kebiasaan yang dilakukan, si gadis mampu untuk menyembunyikan perasaan yang terpendam dengan gelak tawa yang mampu memperlihatkan dia sebagai orang yang periang.

Sehingga lewat petang, si gadis tersedar adakah tahun baru ini mencapai matlamat yang si gadis ingin tuju? Adakah si gadis mampu untuk meneruskan hidup dengan bahagianya?Adakah si gadis mampu menempuh segala dugaan yang mendatang?

Si gadis berazam untuk lebih kuat dan tidak akan mengeluarkan setitis pun air matanya. Tapi malangnya sekuat mana si gadis mencuba, air mata tetap mengalir dengan lajunya. Si gadis hairan.. Bagaimana dengan azam baru yang dibawa pada pagi tadi? Adakah ini bermakna permulaan yang sedih bakal melanjutkan kesedihan hingga ke akhirnya.. Si gadis termenung . Dia perlu bermuhasabah dan dia perlu mencari cinta sejati yang mampu mendampingi tiap duka dan suka yang di hadapi iaitu cinta Ilahi.