Pada suatu pagi, si gadis berhias semanis yang mungkin untuk kelihatan lain dari hari biasa dimana dia hanya memakai t-shirt sahaja. Dengan niat yang baru dan azam yang kuat untuk menempuh hari mendatang dengan hebatnya, semanis yang boleh senyuman diberi kepada sahabat sekeliling.
Tahun baru pasti perlu ada azam yang baharu. Tapi si gadis keliru dengan arah tuju yang patut dikejar. Si gadis tidak mahu untuk hanya pasrah dan mengikut segala percaturan, malahan si gadis cuba untuk menguatkan kudrat yang ada demi melihat kebahagiaan orang yang tersayang.
Tidak sukar bagi si gadis untuk mengukir senyuman dikala hati sedang berduka. Seperti kebiasaan yang dilakukan, si gadis mampu untuk menyembunyikan perasaan yang terpendam dengan gelak tawa yang mampu memperlihatkan dia sebagai orang yang periang.
Sehingga lewat petang, si gadis tersedar adakah tahun baru ini mencapai matlamat yang si gadis ingin tuju? Adakah si gadis mampu untuk meneruskan hidup dengan bahagianya?Adakah si gadis mampu menempuh segala dugaan yang mendatang?
Si gadis berazam untuk lebih kuat dan tidak akan mengeluarkan setitis pun air matanya. Tapi malangnya sekuat mana si gadis mencuba, air mata tetap mengalir dengan lajunya. Si gadis hairan.. Bagaimana dengan azam baru yang dibawa pada pagi tadi? Adakah ini bermakna permulaan yang sedih bakal melanjutkan kesedihan hingga ke akhirnya.. Si gadis termenung . Dia perlu bermuhasabah dan dia perlu mencari cinta sejati yang mampu mendampingi tiap duka dan suka yang di hadapi iaitu cinta Ilahi.
No comments:
Post a Comment