RASULULLAH dalam satu hadis diriwayatkan Abu Hurairah: “Bahawa seorang lelaki datang kepada Nabi Muhammad lalu berkata: ‘Berwasiatlah kepadaku ya Rasulullah’. Lalu baginda bersabda: ‘Jangan engkau marah’. Baginda mengulanginya tiga kali.”
Setiap manusia mempunyai sifat marah dan sabar sebenarnya adalah penghalang sifat itu. Bagaimanapun, kesabaran ada had dan batasnya, apabila hilang sabar maka timbullah kemarahan.
Menurut Imam al-Ghazali, sikap marah ialah nyalaan api yang bersumber daripada api Allah SWT yang menyala dan menjulang tinggi sampai naik ke hati.
Malam yg aku rasakan aku bergelak dan tersenyum manis utk kawan-kawan, terasa palsu semata bilamana akhirnya hujan yg turun tidak mampu kutanggung sendiri. Seperti biasa, makhluk Allah yg tersangat lemah ini gagal dalam mengawal tahap kesabaran yang mula dipupuk tetapi akhirnya syaitan yg menang..
Terasa malu dgn pembacaan wasiat dr Rasulullah.. "Jangan engkau marah"..bukan sekali bahkan tiga kali disebut.. Cukup kuatkah aku untuk menampung tahap kesabaran ini kelak??
Situasi yg berbeza telah aku hadapi.. Mind set manusia plak memberitahu cerita negatif lebih byk dr cerita positif. Setelah diteliti sbb2 yg memungkinkan marah itu hadir, aku rase aku berada pada tahap seorng manusia yang ego. Jujurnya, semua ciri2 lain aku xplak rase ade betulnye..jadi aku rase ego ialah masalah terbesar aku..
Tp menunggu org dlm masa dkt 1 jam..sbb aku ego ke??Within one hour, xade org pulak yg nak kate kt aku sebab musabab kelewatan tu jd. Silap aku sbb xtunggu 1 jam dgn penuh rase sabar..
Malam menjelma lagi dan seperti biase, dan rase mcm dh jadi jam badan sebab waktu2 begini, dalam bilik pun hujan.. Tidak pernah 1 malam pun aku rasekan aku bersikap sempurna dan baik pada setiap org pada siang harinya..Aku tak pernah stop pk, andai esok aku mati,masih adakah kemaafan buat teman yang suka menyusahkan hidup org ni??
Kalau sesiapa yg membaca entry ni rase perlu utk beri nasihat pada aku, silakan..sangat dialukan.
Hamba yang sangat lemah.. gugur air mata, hanya itu pengubat duka..
No comments:
Post a Comment