Dec 16, 2011

Sahabat


Selain daripada ahli keluarga, sahabat adalah insan yang paling dekat di hati kita. Dengan sahabatlah kita mampu berkongsi setiap kemusykilan, kesedihan dan kegembiraan. Jarang sekali perasaan malu menerjah kala ingin berkongsi sesuatu, segala perasaan dihimpun untuk dikongsi bersama. Sebab apa? Sebab sahabat adalah pendengar yang baik. Kejujuran perlu ada dalam setiap hubungan persahabatan yang dijalin. Yang perlu adalah untuk menjadi sahabat yang mampu memberi kebahagiaan dan bukan memberi beban. 

Ada beberapa perkara yang kita perlu renungkan.

Pertama :
Ukhuwah 
Biarpun sahabat kita sering membawa beban atau kesusahan kepada kita, janganlah kita memutuskan hubungan persahabatan itu kerana ukhuwah itu terjadi dengan kehendak Allah. Ada caranya untuk kita memperbetulkan keadaan dengan lebih berhemah supaya kedua belah pihak menjadi selesa antara satu sama lain.

Kedua:
Tanya diri kita kembali
Sekiranya seorang sahabat itu memberi kesusahan kepada kita, fikirkan dan imbas semula bahawa kita sendiri pernah melakukan perkara yang sama tanpa kita sendiri. Kita juga pernah memberi kesusahan kepada sahabat, jadi..hindar kan diri drpd terlalu beremosi apabila menghadapi situasi seperti ini.

Ketiga:
Itu bukan bebanan
Kenapa pulak bukan bebanan sedangkan kita merasa susah dengan situasi sedemikian? Secara emosi dan negatifnya anda akan fikirkan ia sebagai bebanan, tapi pernah tak kita fikirkan dari sudut positif dimana keadaan ini sebenarnya memberi ruang kepada kita supaya lebih mengenali sahabat itu. Waktu inilah, sesuatu yang "tersembunyi" mampu diungkaikan dan mungkin ia juga merupakan sebab mengapa sahabat berkelakuan sedemikian.

Keempat :
Doa
Kita selalu alpa dan leka. Bila sahabat membawa kebaikan, dialah sahabat baik kita dunia dan akhirat. Dia lah segalanya bagi diri kita. Tetapi bila sedikit keburukan atau bebanan atau kesusahan timbul, sahabat dikeji, dihina, diumpat dan sebagainya. Manusia terlalu lupa. Kita adalah insan yang lemah. Apabila mudah lisan menutur kata umpatan, mula timbul rasa sesal sehinggakan malu untuk bersua muka dengan sahabat walhal sahabat tidak pernah faham perkara sebegini. 

Oleh itu, marilah kita (aku sekali) sama -sama berfikiran positif dan berdoa sesama kita supaya diikhlaskan hati dengan berdoa kepada Allah. Mintalah kekuatan, ketabahan dan kesabaran untuk diri kita dan juga sahabat kita. 

Kelima:
Adakah kita "sahabat" yang sempurna
Siapa yang jawab YA, maka anda andalah orang yang ego. Tidak pernah sekali p0n anda mengerti perasaan seorang sahabat jika anda menjawab YA. Kita hanyalah insan yang biasa. Mungkin ya anda banyak berkorban demi sahabat anda tp mungkin terjadinya beberapa ketika, sahabat anda merasa susah dan berkecil hati dengan tindakan anda. Hanya Allah yang tahu.

Entry kali ini sekadar meluah perasaan dan memberi pengajaran seterusnya kekuatan pada diri aku sendiri kerana aku bukanla seorang sahabat yang mampu memberi kebahagiaan kepada sahabatnya sepenuhnya.  Dan aku sendiri masih belajar untuk sentiasa berfikiran positif dan juga aku tak mahu melihat kesedihan seorang sahabat. 

jom tengok sebahagian daripada foto aku bersama sahabat2 yang sangat aku kasihi.


manu_riangs..

sahabat dari 1st year until now n insyaAllah 4 eva

Ar-rijal

kawan2 yang saling sentap menyentapi ye (^_^)


A.Y.U

ada banyak lagi kawan tp tenet slow...jadi maaf ye... terutam untuk Incik  Zam Mohamad.. gambar anda tiada ye..huhu










2 comments:

  1. hehehehe...nak gambar dri meni hehehe

    ReplyDelete
  2. eh, ade komen rupenye kek cini..huhu... pasti kamu udah dpt gambarnya ya..sowii

    ReplyDelete