May 12, 2011

Bicara Tntg Poligami

Poligami?? ape pndgn korng?? Hr ni abg2 kt tempt aku keje sonok membicarakan tntg Salleh Yaakob yg nk cukupkan kouta die xlame lg..kawen empat la 2.. Aku mcm biase mls nk campur.. Ikut pandgn korng, mest aku mcm emo kan sal bende ni..mmg ya..agak ber emo..

Ikut aku, aku agak xsenang dgn topik ni..bukan aku nk menafikan hukum dlm islam. Tp untuk lelaki2 skrg ni, aku xrase niat yg mulia spt mane dlm kisah2 nabi dulu diaplikasikan. Mmg r kate nk elak maksiat sume, tp usaha utk mencegah ke arah 2 ade..yg pompuan pon duk gatal nk nikah ngan laki org watpe? mcm xde laki len plak. pehal?? aku tgk cerita Ketika Cinta Bertasbih.. mmg insaf.. even org yg kuat agama pn diduga dgn bende ni n BUKAN SENANG nk wat keputusan utk berpoligami.. org skrg ade ke mcm 2?? pk mudah je..."nk elak maksiat, kenela kawen lg.." Mcm2 lg alasan yg aku dgr..

Aku jumpe soklan ni...

Apakah pantas hukum yang dibenarkan Allah boleh dicantas oleh mulut manusia hanya sekadar mahu membela atau menjaga hak asasi wanita?


Aku pnye jwpn: Bukan mencantas hukum yg dibenarkan Allah hanya atas dasar hak wanita, tp lebih kepada trauma seseorg dlm setiap hal yg kebanyakan negatif.. Boleh berpoligami tp syarat pn ada.. ikut saje syarat...yg pntg mampu..bukan takat duit, tp semuanya ..adil ...MAMPU KE?

Apakah buruk sangat poligami sehingga wanita begitu 'jijik' dan meluat apabila ada golongan lelaki menyebut istilah itu?
Aku jwb ag: Mcm aku ckp kt atas, bile wanita ni dh dgr bende2 buruk, mestla takut..ade ke org nk bende yg buruk jd pd diri sendiri. Suami xrase ke isteri terlalu setia n hancur hati klu thu suami wat mcm 2..

Tgk r sesetengah kes..kdg2 ape yg aku ckp ni utk kes negatif.. ade je kes positif..klu kes positif, alhamdulillah lah..pape p0n, aku tekankn ag BUKAN MUDAH n jgn PANDANG MUDAH...

Walaupun Islam membenarkan poligami, bukanlah bermakna ia boleh diamalkan sesuka hati, sehingga mengakibatkan kezaliman di pihak wanita. Al-Qardawi dalam kitab  menjelaskan, syarat yang ditetapkan Islam mengenai poligami ialah berlaku adil terhadap dua isterinya atau lebih dalam makan minum, pakaian, rumah, tempat tidur dan nafkahnya.

"Barangsiapa yang tidak yakin dirinya dapat menunaikan hak-hak itu, haramlah baginya berkahwin lebih dari seorang isteri," katanya.


So, xde alasan la ko nk elak maksiat n puaskan nafsu semata nk kawen melambak tp xikut hukum agama n langgar sume syarat n yg ptg xberlaku adil.. perhatian, ni aku bkn mention kt salleh ok..tp mention kt POMPUAN GATAL n LAKI MIANG....huh...


emos sungguh aku....tewok beno perangai..kan? hahaahhahaha

6 comments:

  1. hehe...

    mmg emo sungguh entry ko yang ni.. =p

    tp aku paham kenapa ko emo weh...

    cuma dalam hidup ni kita kene ingat,manusia diuji atas perkara yang mereka suka atau even tak suka sekalipun... samada kita sedar atau tak..

    poligami diharuskan agama..fitrah wanita akan rasa cemburu..itu fitrah.. tapi ada manusia yang sanggup tp ada yang tak sanggup..bergantung pada diri masing2 dan pilihan...

    tp atas apa yang Allah dah tulis tentang jodoh, apa yang berlaku..kita tak boleh mudah menghukum tindakan orang...

    kenapa?
    sbb kita takkan tahu selagi kita tak diuji..mungkin tak terjadi pada kita..boleh jadi berlaku pada keturunan kita...

    hidup ni semenatara je..suami, isteri, anak2...semua tu pinjaman dari Allah.. yang mana kat akhirat nanti, kehidupan lebih luas dan pasti selama2nya...

    kalau kita lihat dunia dari jendela akhirat, kita akan rasa dunia ini sgt kecil, kehidupan sgt luas... yang penting, jg hati kita... sentiasa bergantung harap pada Ya Rabb..


    teringat soalan Rasulullah pada Aishah, lebih kurang Rasulullah tanya "adakah kau rasa Allah berlaku zalim padamu wahai Aishah (tentag poligami)"

    Allah tak berlaku zalim pada hambaNya..

    sekadar perkongsian pendapat.. heeeee =)

    ReplyDelete
  2. yup..betul..dr segi agama, aku leh terima.. tp dr segi pemikiran manusia skrg, mmg sgt la kekurangan keyakinan aku...

    mmg ade yg redha, tp sedikit sebanyak pasti ade rase negatif yg timbul. manusia yg lemah blm tentu mampu nk elak sume ni...

    ReplyDelete
  3. itu kita kene selak balik sirah cemburu siti aishah dan isteri2 rasulullah... kene tgk jugak sirah siti sarah dan siti hajar isteri2 nabi ibrahim....cemburu itu fitrah =)

    ReplyDelete
  4. laki skrg xsesempurna rasulullah...

    ReplyDelete
  5. بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

    Cemburu itu memang fitrah wanita. Settle.

    Tetapi bersikap adil itu bukan fitrah manusia. Ia sesuatu yang perlu dipelajari dan diaplikasi. Done.

    Persoalannya, Muslimin sekarang berapa ramai yang mampu dan betul-betul adil?

    Saya kira ramai yg tahu, tapi biar saya berkongsi.
    Sepanjang Rasulullah menikahi Khadijah, beliau tidak pernah menikahi lain. Hanya selepas Khadijah kembali pada Allah baru Rasulullah menikahi wanita lain dan berpoligami. Poligami baginda bukanlah kerana jatuh cinta. Tidak, tetapi untuk mengikatkan silaturrahim, menyebarkan Islam, politik dan mendidik wanita.

    Jika tidak mampu adil, maka HARAM untuk mereka berpoligami.

    Jika alasan mereka kerana ingin mengelakkan zina, mengapa menghampiri zina in the first place?

    Jika si Isteri sudah dan mampu memberikan tanggungjawabnya zahir dan batin dengan baik, maka tidak perlu rasanya menikahi lain.

    Dan jika isteri tidak melaksanakan tangungjawab dengan baik walhal berkemampuan, maka didiklah dia.

    ini pandangan saya. Wallahualam.

    ReplyDelete
  6. wah, atip mcm ustazah sekarang..hehe..terima kasih atas pandangan masing2..

    ReplyDelete