Dec 30, 2011

Berikan Aku Cinta



Apesal aku ni kan?
Tetibe mulakan entry dengan lagu ni.
Aku pasti semua dah pernah dengar lagu ni. Lagu ni sangat menyentuh hati kecil aku.
Kenapa?
Aku belum temui cinta sejati ke?
Aku akan jawab belum.
Sebab?
Cinta sejati secara lahiriah nya aku perlukan cinta seorang suami..eheh..ngengade punye ayat..
Cinta kepada Allah, Cinta kepada Rasul, Cinta kepada Nabi, Cinta kepada ibubapa...
Semuanya aku belum fulfill kan.. Manusia yang lemah macam aku, selalu buat dosa..mengumpat sana sini.. Bila agaknya aku akan jadi hamba Allah yang ikut setiap suruhan dan tinggalkan larangan.
Tahu salah, tapi kadang-kadang kita cepat lupa. Allahuakbar..

Semoga bakal suami ku kelak mampu untuk ingatkan aku tentang setiap suruhan dan larangan Allah.
Semoga bakal suami ku kelak mampu menjadikan aku wanita muslimah.
Honestly, mood sekarang macam mood orang yang.........em, lu fikirlah sendiri..
Dugaan yang menimpa aku sekarang mengingatkan aku bahawa aku diberi amaran atas setiap kesenangan aku sehingga aku lupa padaNya.

p/s Entry kali ni agak chaos... menunjukkan aku yang jiwa kacau

Dec 19, 2011

Cute Stress Relief Song

Ade sesape yang rase stress tahap rase nak terjun bangunan tak? Kalau ada, moh join aku.. Aku sangat stress sampai tak nak buat semua kerja, even esok aku ade 2 quiz with total 13 chapters..Rase nak hantuk kepala tak? Tak tahula nak kate lecturer kejam atau aku yang emangnya pemalas. Tapi sampai 13 chapter nyah.. Mak nak muntah sekarang..

Dah aku takde duit nak carik ketenangan kat luar.. Duk tekan-tekan carik ape yang boleh hilangkan stress. Sekali nengok mende nih, memang aku tersenyum kejap..Cukupla, ade orang nak wat aku senyum?? Tak ade kan... 

Ni la video nye..berbaloi2..comel, kelakar..dengan lagu die..memang kalau hitik ni depan mate, dah aku tarik-tarik hekor die..





Amacam? sila la tengok-tengok ye..sikit-sikit dapat kurangkan sakit kepala yang duk nyut nyut dari tadi ...

Ape pun
Sayang semua

Dec 17, 2011

Aktiviti Mengeratkan Silaturrahim..

Okeh2..feeling hot sekarang .gurau jer. Dua kali kene tag ni..jenuh mak nak reply nyah. Hadoi-hadoi. Mintak mahap ler sebab tak cukup mase hendak menyetelkan tagging ni ye..Sejujurnya meh sini mak cite, mak baru sangat dalam area ni, cewah..kaw...ayat melets..haha.. tapi cuba jugak untuk wat la ye...hehe... Cik Haeniey Waeniey dan juga  Cik Suzai Jujai..Aku cube ler jawab mane yang pahtut ye..ehey.. Mende nih mestila ade hundang-hundang nye kan... 



Mari tengok hundang-hundang nyer ye...


  1. You must post these rules.
  2. Each person must post 11 things about themselves in their journal.
  3. Answer the questions the tagger set for you in their post.
  4. Create 11 new questions for the people you tagged to answer.
  5. You have to choose 11 people to tag and link them on the post.
  6. Go to their page and tell them you have tagged HIM/HER.
  7. No tag back!
  8. No stuff in the tagging section about ‘YOU ARE TAGGED IF YOU’LL ARE READING THIS YOU LEGITIMATELY (a.k.a TRUST, REALLY, WILL BE HONESTLY) HAVE TAG 11 PEOPLE
Done dengan hundang-hundang..seterusnya langkah yang kedua... 11 perkara tentang aku ye..

1. Anak sulung dari dua beradik (anak tunggal tak jadik)
2. Orang yang cepat nangis lebih-lebih disebabkan orang yang aku sayaaaaang saaaangaatttt
3. Suke dengar lagu akon sebab ade memory for each songs..(Tok Wan punye keje)
4. Crazy dengan red velvet sekarang (rumate buat lagi sedap dari kedai punye)
5. Terhingin nak drive moto besaw
6. Aku jenis yang memang pompuan tak hikut fesyen terkini..
7. Sedang bertaubat dari bawak kete over limit (tiga kali kene saman)
8. Saiz kasut 8..eh, perlu ke??
9. Nak letak nama buah hati la ye..Muhammad Ridhuan
10. Pernah kene rotan ngan ayah dek nakal main dalam parit (kecik dari sungai)
11. Sangat manje..Family panggil aku adik n adik aku digelar abang..deng!! haha

Ni plak jawapan untuk soklan dari cik berdua yang gojes . Mula -mula jawab cik wani punye dulu ye..huhu


1. Kenapa buat blog..best sangat ke?
- mula -mula sebab duit tapi lame-lame jadik best..hoho
2. Dalam seminggu maximum berapa duit korang habis untuk makan?
- between RM 60 - RM 100 * kuat makan punye orang
3. Ak layan kartun so korang plak?
- Layan sampai gaduh ngan adik nak tengok kartun mane dulu
4. Anti Kpop dan pop2 yang lain?suka Mpop jer?
- Aku flexible..sume suhkeee
5. Maksud nama korang selama ni?
- Ni malu nk cakap nih.. maknanye "Cahaya Kelembutan" auch..
6. Suka benda extreme?
- Suhke tapi tengok keadaan..huhu
7. Habis belajar nak sambung lagi ke kawen jer?
- Ngah pikir la ni.. sebab future hubby suh jadi cikgu..cane??
8. Pompuan layan bola..korang rasa?
- Okey je..ibu aku layan lagi terok menjerit dari haku..hai
9. Senang tak soalan ni?
- ahahaha... senang2...kih3
10. Korang rasa ak baik tak? 
- Tak...kamoo nakal..hahahaha

Nak jawab soklan cik Suzai pulak...(berpeluh ketiak)

1. What is your real name in the IC
- Name kita Noor Iliana Bt Mohd Salimi B Haji Badaruddin B Haji Abdullah
(untuk jujai, extra 3 keturunan aku bg)
2. What is the worst movie that you've spent at the cinema
- tak hengat tajuk die, tapi cite action Thailand..memang sakan ngamuk aku tgk
3. Will you be a penguin?because?
- okei..ni tak tahu nk jawab..huhu..tak de buku rujukan..tak mo jadi penguin even chomel
4. Did you cheated on someone yesterday?
- Ada ckit..hehe
5. Whai is your current fav song?
- Kalau current, sekarang dok ulang lagu "Dream High"
6. Are you a fan of my baby, Mr Bruno Mars?
- tak haci2...bek tak payah tanye..hahaha...average i okey je ngan mane2 retiss
7. Do you think you are sexy?
- Ohh Emm Gee...Yes i Am..haha
8. What is the thing that you are really good at?
- Orang kate aku pandai amik hati orang tua..itu je yg aku tahu
9. Where is the place that you are dying to go?
- Anywhere but along with Tok Wan and both family (me and him)
10. What is your body's temperature?
- Becoz aku hot sangat rasenye suhu ni 38 degree kot..haha
11. Do you think i'm crazy?
- No la..if sujai crazy, aku p0wn same jer..hehe


Sekarang nengok kuasa cik iliana bukan elyana bagik soalan plak..

1. Antara kawan baik dan buah hati, mane yang anda sayang??haha
2. Berapa kali anda makan megi dalam sebulan?
3. Pernah lawan cakap mak ayah tak sampai diorang nanges?
4. Ape impian anda yang masih tak kesampaian sampai sekarang?
5. Berapa kali anda bercinta?
6. Anda tahu mane-mane tempat nk online baju untk dinner?haha
7. Apa pandangan anda pada aku?
8. Aku ni gemok ke? *sila jawab dengan berhemah ye..
9. Anda hebat dalam memasak red velvet tak?
10. Apakah nama glamer yang anda suka orang panggil anda?
11. Agak-agak umur berapa anda nak kawen?


Since aku ni takdela ramai kenalan dalam area nih kan... jadik tak tahu sangat nak suruh sape jawab..Now, mereka yang terpaksa berhempas pulas untuk jawab soklan aku ialah spt berikut :

Jenuh sungguh ni..haish.. Silalah ye...huhu

Akhir sekali ..Sayang semua



Dec 16, 2011

Sahabat


Selain daripada ahli keluarga, sahabat adalah insan yang paling dekat di hati kita. Dengan sahabatlah kita mampu berkongsi setiap kemusykilan, kesedihan dan kegembiraan. Jarang sekali perasaan malu menerjah kala ingin berkongsi sesuatu, segala perasaan dihimpun untuk dikongsi bersama. Sebab apa? Sebab sahabat adalah pendengar yang baik. Kejujuran perlu ada dalam setiap hubungan persahabatan yang dijalin. Yang perlu adalah untuk menjadi sahabat yang mampu memberi kebahagiaan dan bukan memberi beban. 

Ada beberapa perkara yang kita perlu renungkan.

Pertama :
Ukhuwah 
Biarpun sahabat kita sering membawa beban atau kesusahan kepada kita, janganlah kita memutuskan hubungan persahabatan itu kerana ukhuwah itu terjadi dengan kehendak Allah. Ada caranya untuk kita memperbetulkan keadaan dengan lebih berhemah supaya kedua belah pihak menjadi selesa antara satu sama lain.

Kedua:
Tanya diri kita kembali
Sekiranya seorang sahabat itu memberi kesusahan kepada kita, fikirkan dan imbas semula bahawa kita sendiri pernah melakukan perkara yang sama tanpa kita sendiri. Kita juga pernah memberi kesusahan kepada sahabat, jadi..hindar kan diri drpd terlalu beremosi apabila menghadapi situasi seperti ini.

Ketiga:
Itu bukan bebanan
Kenapa pulak bukan bebanan sedangkan kita merasa susah dengan situasi sedemikian? Secara emosi dan negatifnya anda akan fikirkan ia sebagai bebanan, tapi pernah tak kita fikirkan dari sudut positif dimana keadaan ini sebenarnya memberi ruang kepada kita supaya lebih mengenali sahabat itu. Waktu inilah, sesuatu yang "tersembunyi" mampu diungkaikan dan mungkin ia juga merupakan sebab mengapa sahabat berkelakuan sedemikian.

Keempat :
Doa
Kita selalu alpa dan leka. Bila sahabat membawa kebaikan, dialah sahabat baik kita dunia dan akhirat. Dia lah segalanya bagi diri kita. Tetapi bila sedikit keburukan atau bebanan atau kesusahan timbul, sahabat dikeji, dihina, diumpat dan sebagainya. Manusia terlalu lupa. Kita adalah insan yang lemah. Apabila mudah lisan menutur kata umpatan, mula timbul rasa sesal sehinggakan malu untuk bersua muka dengan sahabat walhal sahabat tidak pernah faham perkara sebegini. 

Oleh itu, marilah kita (aku sekali) sama -sama berfikiran positif dan berdoa sesama kita supaya diikhlaskan hati dengan berdoa kepada Allah. Mintalah kekuatan, ketabahan dan kesabaran untuk diri kita dan juga sahabat kita. 

Kelima:
Adakah kita "sahabat" yang sempurna
Siapa yang jawab YA, maka anda andalah orang yang ego. Tidak pernah sekali p0n anda mengerti perasaan seorang sahabat jika anda menjawab YA. Kita hanyalah insan yang biasa. Mungkin ya anda banyak berkorban demi sahabat anda tp mungkin terjadinya beberapa ketika, sahabat anda merasa susah dan berkecil hati dengan tindakan anda. Hanya Allah yang tahu.

Entry kali ini sekadar meluah perasaan dan memberi pengajaran seterusnya kekuatan pada diri aku sendiri kerana aku bukanla seorang sahabat yang mampu memberi kebahagiaan kepada sahabatnya sepenuhnya.  Dan aku sendiri masih belajar untuk sentiasa berfikiran positif dan juga aku tak mahu melihat kesedihan seorang sahabat. 

jom tengok sebahagian daripada foto aku bersama sahabat2 yang sangat aku kasihi.


manu_riangs..

sahabat dari 1st year until now n insyaAllah 4 eva

Ar-rijal

kawan2 yang saling sentap menyentapi ye (^_^)


A.Y.U

ada banyak lagi kawan tp tenet slow...jadi maaf ye... terutam untuk Incik  Zam Mohamad.. gambar anda tiada ye..huhu










Dec 6, 2011

Manis Pahit Kita Bersama : Part 1

Suppose he went to the company along with his best friends.. but seems they were both got different date for an interview, so he g0t to go by himself.. For sure i'm not letting him go by himself.. He was referring to Tok Wan.. He got an interview just after 2 weeks we submit the resume. Hope everything goes smoothly.

Back to the title of this entry.. I'm start to think about how 4 years going through in UIA. Who knows, i've dreaming to get into this university since i was in primary school. I just do not know why but it seems like i do really attract with this "House". 

We never know what is good for us, only Allah knows. Honestly, it was too hard and many difficulties that need to be faced during my studies. Even now i'm struggling for all projects given. 

Done with introduction..haha...making an essay yar.. Let picture tell how happy i am with all of my friends..










okey2..tetibe migrain..sorry...continue later...

Dec 3, 2011

Candid Time Contest

Toink toink toink...
Loncat tinggi-tinggi jap...

Dek kerana cik Wani M0nee mengetag aku, s0 eksited tengok CONTEST ni.. Untuk makluman yang bakal memalukan aku la ye..ni la first time nak try masuk contest..huhu...sila jelir lidah ye...memang aku ni agak ketinggalan..tapi ngah try nak hap to date la nih..hehe..

Cane nak masuk c0ntest??
s0nang jah...
Ni jijah, aku bagitaw carenye ye...

SYARAT CONTEST

1. Dah tentu ko kene follow Cik Adik Muna s0 dat, pape hapdate ko taw la kan..
2. Ha...lepas tu kene la ekau buat entry nak story mori sal pasal contest ni yek
3. Lepas tu lagi, ko kene letak banner seperti dibawah ye...ala -ala trade mark gitew..



4. Dah kate contest untuk candid kan..letak la gambar candid yang paling menarik and tak kesah cik munah kalau nak letak gambar ramai or gambar ko sorang.
5.Akhir sekali step yang tak susah, ko tag 2 kawan korang ye..

CEPAT-CEPAT!!!!! TARIKH TUTUP 13 - 12 -2011


...........................................................................................................


Okey2...ni tak tahu nak letak gambar candid mane dah...kalau ikut kan banyak gambar candid..tapi dalam banyak-banyak gambar, aku tergelak secara sendiri bile nengok gambar ni...


Yes!!..itu dia..gamabr agak gelap sebab malam dan aku plak pakai henfon murah ye..harap maaf.. nak tahu situasi sebenar nye...

Permainan ni memerlukan seseorang untuk tunjuk ekspresi mengikut permintaan orang keliling taw..so , dalam ni kawan aku dimintak untuk cakap " Muslih, Aku benci padamu!!!!!"...Muslih ni si abg baju biru and yang kene denda for sure kawan aku baju maroon tu...

KENAPA aku nak letak gambar ni???
* Sebab adik Izwan ni, kalau hamek gambar gile nak macho beb....gambar buruk tak mo ye..hehe
* Ni gambar paling dasat bile die nganga mulut and muslih tu shewwww...campak tepung dalam mulut die...

Aku harap Izwan ni tak marah aku letak mende nih..huhu..

So, kawan yang terpilih untuk di tag adelah...jeng jeng jeng..ala-ala AJL
&

Dah siap...walawei...macam wat assignment

lastly, sayang semua...(^_^)

.....

Kali ni aku tak tahu nak letak tajuk ape untuk entry ni..yang penting mode aku sekarang is mode gelabah tapi maintain cute..okey..nk kene pelempang..haha.. 

Tadi baru submit assignment yang suppose aku hantar semalam..BAGUS YANA!!!! seb bek MK ( Mustafizul Karim) tak marah.. anyway , thanx kat kawan aku yang tolong hantar sebab aku MALAS!!.. ni kalau bakal mak mertua bace kene reject nih..

Kisah pagi tadi habis.. kisah malam ni, dari kepala serabut, alhamdulillah tadi aku gelak weh....sile pelik sekarang...aku rindu nak gelak sakan.. sebab kalau aku gelak, aku rase cam ringan sangat kepala ni.. Cik Pika ni memacam2 kerenah.. die ni ayat tak kelakar taw, tapi nada die menyebut tu dah boleh masuk saringan maharaja lawak..

Tak cukup dengan cik pika, cik Suzai pulak tak sudah dengan kekurangan pendengaran...hehe..haloo..tak tahu la nape die asik mintak kitorng ulang ape yang kitorng cakap..haih...

U c here... Friends will always be by our side.. it doesn't matter if she/he sometimes make you feel in negatives way, but still she/he was a friend of you.. I believe that all of you (yang bace mende alah ni) have different experience with your friends.. But what i want to remind you here, friends were someone that we will never forget either good or bad of him her... Until now, i am trying to be good to all my friends... dulu aku ni nakal..hehe.. sementara ada masa yang sikit nih, aku perlu LEBIH menghargai kawan-kawan aku.. 

Banyak sangat memori indah dan pahit dengan kawan-kawan...Sedih pulak nak habiskan study kat u ye ye nih.. tadi duk gelak-gelak planning ngan kawan nak bercuti kat mana.. harapnya menjadi la..bila lagi kitorang nak gather...hurm..k, mari tidor...its already 1:38 am lorh.... 

sayang semua...

Nov 25, 2011

Menangis dan ketawa

Bila anda menangis kerana si dia
Anda tidak mahu menghubungi kawan baik..
Anda tidak mahu membongkar cerita yang berlaku..
Apa yang anda perlu buat?

1. Jangan hentikan tangisan secara paksa kerana ia hanya akan membuat anda merasa sakit
2. Berhenti di tepi highway (jalan yang bising p0n boleh janji bising)
3. Laungkan Allahu akbar dan beristighfar dengan kuatnya
4. Minta dipinjamkan kekuatan dariNya
5.Menangisla sepuas hati
6. Setelah reda, fikir secara positif
7. Cari kesalahan anda berbanding kesalahan orang lain
8. Mengaku,,,YA!!! SALAH SAYA!!
9. Bertenang
10.Tadah tangan dan berdoa dgn ikhlas minta diberi petunjuk


Sesudah menangis, anda perlu jumpa kawan anda..
Apa yang perlu anda buat?
Batalkan perjumpaan?
TIDAK!!!
kan tadi dah mintak pertolongan Yang Maha Esa (^_^)

1. Hubungi kawan anda dengan "normal" punya suara
2. Pastikan perjumpaan anda JADI
3. Urut bawah mata dengan lembut
4. Senyum banyak
5. Jika kuat (lihat gambar si dia dan lihatlah betapa hensemnya dia)
6. Fikirkan kebaikan yang dia pernah buat
7. Ops!!!! Jangan menangis
8. Jumpa kawan anda dan cuba untuk senyum dan gelak ketawa seperti biasa

Dah lepas jumpa kawan..
Perlu sambung menangis ke??
JANGAN!!!!

1. Silakan tidur supaya mata anda tidak bengkak
2. Sekali lagi, ambil tasbih anda dan berzikir sehingga tertidur
3. InsyaAllah, esoknya anda akan kembali tenang (even pening sikit) 



Nov 22, 2011

Ikan Patin Masak Tempoyak

Siapa yang tak suke makan ikan patin masak temp0yak ni, angkat siku! Dulu kalau part ikan patin ni, tak ade sesape nak makan sebab ikan patin dapat dari lombong jadi rasa dia sangatlah...hanyir.. aku rasa semua orang dah tahu kan?? 

terliur tak??(anguk-angguk)

Nak dijadikan cerita, aku ni kan tolak kayu ngan batu je kan.. tak ingat bulan berapa dan tahun bila aku berkhidmat untuk censerve di Pahang.. dapat jemputan..memang banyak dugaan nak pergi ni.. Tapi alhamdulillah.. niat yang baik ni Allah akan tolong kan..


belakang tu la ade orang wat sangkar patin, sebab tu tak hanyir ye..


eh??perlu ke??haha

Pendekkan cerita, masa lunch kat sana, makcik ni masak patin masak tempoyak..alahai..can0 ni??eden tak makan ikan patin nih..tapi nak jaga hati makcik kan..amik la seketul..memang kicik je part yang aku amik.. Bismillah, sekali masuk...pergh.....wa tak taw nak cakap macam mane..tapi masakan ni la yang wat aku tercari-cari kat mana kedai yang pandai masak ikan patin ni.. memang sedap..tip top...lembut..kuah pekat..haih..nak amik lagi, malu dah..tadi kau beria kate tengah tak boleh makan banyak sebab sakit perot kan..padan muka...huhu

Balik Gombak, aku buat intern kat Epson.. ade sorang kakak ni rajin betul memasak. Dia p0n pandai masak ikan patin ni..dah suami die orang pahang kan..eh.. ye ke? tak pelah, nanti aku check balik..hehe.. Kalau tengok kakak ni makan kepala ikan ni, korang  pun boleh terliur taw.. memang nikmat gila dia makan. 

Bermula daripada itula, si chubby ni suka sangat makan ikan patin masak tempoyak.. sekali jumpe kt belakang UIA daa... Nama kedai dia Denyutan Lidah.. kompem berdenyut lidah korang makan kat sini..masuk hari ni, dah dua kali aku amik lauk tu.. Tok Wan p0n sibuk beli yang sama..hahaha

Erm, tinggal nak belajar masak ikan tu pulak.. tak payah la gagau cari kedai jauh2 kan..hehe

Nov 19, 2011

Kontroversi Zarina Anjalang Lalucah!! (name p0n dh tunjuk weh)

15 Nov – Aktres kontroversi, Zarina Anjoulie Lavocah tampak bersahaja saat diajukan isu gambar seksi di majalah FHM Indonesia edisi Oktober lalu, mengakui ia dilakukan atas pilihannya sendiri walaupun sedar akan mengundang kebencian daripada orang ramai.
"Mereka pernah menawarkan saya untuk melakukan penggambaran fotografi ini sebanyak dua kali tetapi saya menolaknya sebelum ini kerana pakaian yang diberikan terlalu seksi seperti berbikini.
"Kali ini saya menerima tawaran mereka kerana pakaian yang diberikan lebih tertutup walaupun menyedari kutukan dan cacian yang bakal diterima," 
derrr..what the....
"Terus-terang saya tidak peduli apa yang orang ingin katakan tentang diri saya. Jadi diri sendiri adalah pegangan hidup saya. Oleh itu kepada sesiapa yang ingin mengutuk atau membenci, saya tidak boleh berbuat apa-apa.
"Jika masyarakat ingin bercakap buruk tentang diri saya, ia terpulang kepada mereka kerana saya yang menanggung dosa," luah Zarina.
untung ade yg kutuk so dat harap ko tutup ckit lurah 2... diorng ni mengata sbb nk elak diorng dpt dosa..dosa ko xkire dh..mcm aku ni dh kire mengumpat, mencaci, menghina...dosa gak...yg laki, dosa mata weh.. ko pkla sendiri ...
Nama aktres yang menempa populariti menerusi drama bersiri "Anak Pontianak" ini tidak pernah sunyi daripada terpalit sebarang kontroversi berbanding dengan kariernya.
malunyer...obviously, media ni p0n d0k ngate hang yg hang ni xde bakat..org dok offer hang keje sbb body je... tuih...
Ni berita yg aku terbukak tym bukak yahoo. Geram bace statement die... ape beza pakai bikini dgn tunjuk lurah ko 2... same jela... mcm baik je xmo pki bikini tp pki yg len2 seksi... xde beza p0n...bod...(sambung sendiri.)  Aku xnk letak gmbr minah JAL.... ni c0z wat cemar blog jer..
haih, semoga kau diberi petunjuk sepertimana"artis lain mendapat hidayah"... 

p/s  aku ckp xpaham bile Faizal kene banned time die bukak baju padahal artis p0mpuan duk tunjuk hoq bwh atas ni lilek siap tayang kt media secara meluasnya... owh....pening2...pitam~ sekian

Nov 18, 2011

Ade sesiape leh terangkan punca kemalangan???

Sampai sekarang aku xdpt nk bg exactly punca c0z cam pelik je keadaan kete2 ni.. Kemalangan berlaku di simpang 3 yg nk g  UIA or Sekolah Menengah Teknik Gombak.. Agak dasyat r bagi aku.. 

"Abe" dok siyes tgk accident..haha (nmpk lori terjunam x?)

kete yg terbalik dr arah bertentangan

Dasyat kan??kalau bab terbalik molek ni, mmg aku meremang sat... mengucap panjang..terfikir klu aku or org2 yg aku syg ade dlm situasi ni...ya Allah..mtk dijauhkan...


Mende ni belakang kete yg terbalik..cam kene langgar

berderet kontraktor dtg utk tarik lori kowt..huhu

mase aku nk hantar repair kasut, lori ni br kene angkat dgn kren panjang galah ni ha...


Tok Wan kate, lori dr arah yg same ngan kete terbalik, n maybe terlanggar kete 2 n die hilang kawalan, langgar divider . nk elak kene kete len, die masuk dlm semak....betul ke??? tlg la bg jwpn..aku nek pening pikiaq...xpuas hati rase..nk tnye incik polis, mcm minah kepoh lak..ye dak..

Nov 17, 2011

Khas buat adik kakak , Muhammad Fathuddin

Alhamdulillah.. mungkin segelintir orang akan kate..UPSR je p0wn... Tapi untuk aku dan adik aku (adik beradik 2 je).., it is sumthng yg kami akan ingt sampai bila2.. Kami punya sejarah keluarga yg cukup pahit dan manis... 

Sampai bila2 p0wn kami xkn lupakan tiap kenangan tu.. Keputusan UPSR dan PSRA adalah salah satu hadiah yang kami mampu bagi untuk ibu dan ayah.. Kami xde duit nk belikan ibu ayah hadiah..Kami hanya mampu berikan kejayaan kami utk ibu ayah..

Hari ni, keputusan UPSR keluar.. walaupun bukan 5A yg adik dpt, kami tetap bangga.. Korang bleh bayangkan, mase trial UPSR, die xdpt 1 A pn.. tiap kali berjumpa dgn org2 kampung, pasti ditanya, Fath dpt berapa..Tapi die ni lebih tabah dr aku..die jwb dgn senyum kambing " xdpt A pn wak, tp nnt cube lg".. 

Dh jadik keje aku nk bg motivasi kt die nih..adik aku ni senang je...klu aku kate " adik xsyg kt ayah ibu ke?? "..k0mpem die nanges n ckp utk bg semangat kt die..die ni lain ckit..matang..lg matang dr aku... dgn org tua masuk, dgn budak2 masuk..sume bleh..

Selepas berhempas pulas sampai xckp buku nk wat latihan, aku ajak die ulang balik n tgk balik jawapan yg pernah dia buat dahulu.. Adik aku ni careless sgt... Kalau tnye mulut jwb len, tgk kt kertas dijawab len... pekeheynyer???.. 

Tahniah buat adik akak.. Ni br permulaan..jgn terlalu merasa senang..kadang2 Allah dtgkan ujian utk tgk sejauh mana hambaNya mengingatinNya dgn cara berusaha, berdoa dan bersyukur.. 


malu la konon....

ni je ler gaye die..hehe

dgn best fren die Khalis (Khalis dpt mumtaz n 4A 1B jgk)


jiwang..hehe

dgn khalis lg

Khalis ni fan Liverpool

ganas gile muke k0 dik

Semakan UPSR yg terkini!!!

Sape yg xsab0 mcm aku ni, sila la ye... nk nengok adik punye result...kalau die xdapat 5A pn xpela...cume nk yg terbaik utk die... kesian tgk die belaj0 dulu..aku ni kalau die terlentok ckit , k0mpem kene lenting...sori ye dik... dulu akak xde p0n sume2 buku latihan..celah mane dpt 4A p0n akak xthu..huhu..perlu ke interprem result sendirik...haih

Ya Allah...deb0r gile nih...sila la ye..ikut cara2 dibawah untuk memudahkan anda mendapatkan keputusan anak2, adik2 or mungkin cucu2 masing2....huhu



Semak Secara Online Atau SMS Keputusan UPSR 2011:Keputusan UPSR @ Ujian Pencapaian Sekolah Rendah bagi tahun 2011 akan diumumkan pada hari Khamis 17 November 2011 (esok). Pelajar yang telah menduduki UPSR 2011 boleh membuat semakan keputusan daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10:00 pagi. Korang juga boleh membuat semakan keputusan UPSR scara online melalui laman web SAPS atau melalui SMS.
Cara membuat semakan keputusan UPSR secara online melaui SAPS:
1) Pergi ke laman web SAPS,saps.moe.gov.my
2) Klik butang Semakan Ibu Bapa yang bewarna merah.
3) Masukkan Nombor Kad Pengenalan atau Sijil Surat Beranak dan pilih sama ada Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah dan seterusnya klik butang semak laporan.
Cara membuat semakan keputusan UPSR secara SMS :
1) Taip UPSR [angka Giliran] cth:-UPSR BC001A040
2) Hantar ke 15888 (Semakan keputusan boleh dibuat bermula jam 10 pg 17 November 2011 Hingga 12 mlm 23 November 2011)